Monday, 4 April 2011

Video Seks "Anwar" tersebar: Mampukah Anwar tunjuk muka di Sarawak???


Ketika beberapa hari lagi hari penamaan calon bagi Pilihanraya Sarawak, dunia politik negara sekali lagi digemparkan dengan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Pembaca boleh menonton babak-babak video tersebut di sini dan di sini.

Pembaca dipersilakan menonton, fikir dan buatlah keputusan sendiri mengenai "siapakah yang menjadi pelakon video" tersebut. Jangan risau, video tersebut telah di"sensored"kan terlebih dahulu. Tidak ada adegan seks pada tayangan tersebut.

Penulis tidak tahu bagaimana lagi Anwar mahu berhadapan dengan rakyat apabila tersebarnya beberapa babak video itu. Yang pastinya, pihak pakar forensik Polis DiRaja Malaysia yang diamanahkan Anwar untuk menyiasat kes ini telah mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen dan sahih.

Selama ini, Anwar dan penyokong-penyokongnya sering mendakwa bahawa video tersebut adalah fitnah. Namun, dengan tersebarnya video ini, harap rakyat membuka mata luas-luas mengenai siapakah Anwar sebenarnya.

Penyebaran video tersebut, pada penulis, bukanlah berniat untuk mendedahkan keaiban seseorang. Namun, ia lebih kepada memperlihatkan kebenaran yang cuba dinafikan oleh mereka-mereka yang cuba mendakwa merekalah "pemimpin anugerah Tuhan".

Mampukah Anwar bersemuka dengan rakyat di Sarawak selepas penyebaran video seks ini? Pada penulis, hanya mereka yang tak tahu malu dan "tidak punya kemaluan" saja yang berani menjejakkan kakinya di Bumi Kenyalang ini.

Penulis pasti, Anwar bukanlah seorang individu yang punya perasaan "malu". Apabila Tuhan menarik perasaan "malu" dari seseorang, pada penulis, individu tersebut tidak lebih dari "haiwan yang bertopengkan manusia". Mungkin Anwar juga begitu?

Apapun, kita tunggu saja kelibat Anwar di bumi Sarawak kelak. Dia pasti tiba tanpa secalit pun perasaan malu dan bersalah dengan apa yang telah dilakukan selama ini. Dan pada 16 April ini, biarlah Anwar tahu bahawa seluruh Bumi Kenyalang yang bertuah ini menolak pemimpin tidak bermoral seperti Anwar Ibrahim ini!

1 comment:

  1. AnuWAR bukan sekadar perlu ditolak kerana isu Seks semata, tp lebih daripada itu..

    Perlukan manusia seperti ini diangkat sebagai Pemimpin agung !!!!

    Td ada seorg kawan berkata kepada sy, dek kerana isu ini, ramai rakyat makin bersimpati dengan anuWAR... apa pun manusialah yg berfikiran mcm nie.

    Jgn butakan mata hati kita, ayuh rakyat sarawak... kita tolak Pakatan Jahanamkan negara...

    ReplyDelete