Oleh: Biak Kacak!
Sangat memalukan! Ianya sangat mengaibkan apabila Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, seorang isteri yang menabalkan suaminya, Anwar Ibrahim, sebagai ‘pemimpin anugerah Tuhan”, merayu dan meminta derma bagi menampung perbelanjaan pilihanraya, khususnya untuk Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Apa sudah terjadi kepada PKR dan pakatan pembangkang? Sudah tidak punya wang, kah? Sudah habiskah wang berbilion-bilion yang di’import’ dari luar negara? Apakah sudah kering wang di Selangor dikikis oleh Khalid Ibrahim dan konco-konconya?
Atau ini hanya sandiwara semasa yang cuba dimainkan untuk menarik simpati rakyat sekaligus menafikan bahawa pakatan pembangkang ‘mengimport’ berkargo-kargo dana dari luar?
Ianya sudah menjadi “open secret” mengenai dakwaan Anwar dan pakatan pembangkang mendapat begitu banyak dana untuk membiayai perbelanjaan politik mereka selama ini. Banyak dakwaan dari tokoh-tokoh PKR yang mendakwa begitu. Di antaranya ialah Ezam Mohd Noor.
Ezam Mohd Noor pernah menceritakan bagaimana wang beratus-ratus juta USD dibawa masuk dari luar bagi membiayai perbelanjaan politik pembangkang, khususnya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Agensi bebas yang menyiasat dan mengaudit perbendaharaan US juga pernah mempertikaikan mengenai pembiayaan melampau yang disalurkan kepada Foundation of the Future yang digunakan oleh Anwar, Wolfowitz dan ‘aweknya’, Shahreeza. Pertikaian itu melibatkan berbilion USD!
Selama ini pembangkang, khususnya Anwar, sering melancong ke luar negara melakukan “tour” demi “tour” untuk melawat rakan sekutu Yahudinya. Dia kerap keluar negara melobi dan meraih simpati termasuklah mengadakan “lawatan memohon maaf” dari rakan-rakan Yahudinya setelah kuat mengkritik mereka ketika berada di Malaysia.
Wang yang ada pada negeri Selangor pun sudah ‘kering kontang’. Baru setahun dua PKR memerintah Selangor, wang perbendaharaan negeri itu hampir habis. Manakan tidak, RM6 juta digunakan hanya untuk penyelengaraan kereta! Nampaknya macam ada ‘penyelewengan’ oleh “SELCAT” di Selangor. Ke mana wang itu pergi?
Nampaknya Anwar dan pakatan pembangkang sangat boros dalam perbelanjaan mereka. Mereka tidak bijak menguruskan hal ehwal kewangan, terutamanya wang rakyat! Duit di dalam parti pun dikebasnya, apatah lagi wang rakyat. Namun, masih ada lagi rakyat yang masih ‘lena’ ditipu Anwar dan pakatan haram ini.
Pada penulis, rayuan Wan Azizah ini hanyalah sandiwara. Selama ini pemimpin pakatan hidup mewah. Azmin ketika berada di Sarawak menginap dihotel 5 bintang. Sekiranya dia seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan tahu partinya kekurangan wang, sudah tentunya dia akan memilih untuk menginap dihotel yang lebih murah dan “budget” perjalanannya.
Penulis berpendapat, usah dilayan rayuan derma sandiwara ini. Ianya hanyalah untuk mengaburi pandangan rakyat seolah-olah pakatan rakyat itu miskin, sedangkan mereka menyembunyikan kekayaan mereka disebalik banglo-banglo mewah mereka. Dana berbilion dari luar negara pun masih banyak lagi di dalam simpanan mereka.
Wan Azizah hanya dikambing hitamkan untuk merayu dana. Mengapa Anwar sendiri tidak meminta derma? Mengapa tidak Azmin yang meminta derma? Mengapa Wan Azizah ditugaskan begitu? Biasalah, untuk meraih simpati, ‘wanita’ lebih pakar di dalam bidang rayu merayu ini. Namun, percayakah kita kepada Wan Azizah yang berkali-kali menipu tentang kecurangan suaminya kepada rakyat?
Pokok pangkalnya, Pakatan “Sumbang” ini cuba mempergunakan wang rakyat pula untuk menjajah Sarawak. Sarawak adalah negeri kaya, malah lebih kaya dari Selangor. Setelah berjaya menghabiskan wang Selangor, mereka cuba menawan Sarawak untuk dihabiskan pula dana negeri Bumi Kenyalang itu. Relakah rakyat Sarawa???
No comments:
Post a Comment