Friday, 1 April 2011

Tanah Adat Bumi Sarawak NCR

Baru Bian di London
Pihak pembangkang cuba bermain dengan isu NCR sejak beberapa tahun lalu. Hari ini sudah ramai penduduk rumah panjang sudah menerima hak milik tanah NCR setelah lama memohon hak mereka.

Mengikut sejarah dan undang-undang tanah NCR , mereka boleh menggunakan tanah tersebut untuk tujuan pertanian dan kerajaan Rajah Brooke tidak mengenakan sebarang cukai.

Brooke juga tidak mengeluarkan sebarang bentuk surat hak milik kepada penduduk. Penduduk juga boleh hilang hak keatas tanah NCR sekiranya mereka meninggalkan atau membiarkan tanah dinaiki hutan atau dibiarkan terus. Pihak lain boleh menebus guna dan berhak ke atas tanah tersebut. Pemilik yang terdahulu sudah hilang kelayakan ke atas tanah yang ditinggalkan selepas 3 tahun.

Harus diingat bahawa tanah yang dikategorikan sebagai tanah NCR ialah tanah yang diteroka atau ditebus guna pada atau sebelum 1 Januari 1958.

Mana-mana hutan simpan yang diteroka oleh penduduk rumah panjang atau kaum peribumi tidak lagi dikira sebagai tanah NCR. Tanah itu kekal sebagai tanah kerajaan negeri dan jika penduduk peribumi ingin mendapatkan tanah tersebut hendaklah memohon secara biasa daripada kerajaan negeri.

Baru Bian dalam usahanya meraih sokongan penduduk peribumi untuk membolehkan beliau menjadi Ketua Menteri awal-awal lagi telah menipu penduduk dalam isu tanah adat ini.

Antara penipuannya ialah menuduh kerajaan negeri merampas tanah NCR untuk pembalakan dan untuk mengayakan keluarga Taib Mahmud.  Kaum Penan yang hidup secara perpindah randah dihasut untuk mempertahankan hutan balak kononnya itu adalah tanah NCR mereka.

Padahal dalam jurnal yang ditulis oleh Rajah Brooke jelas menyatakan bahawa hutan bukan tanah NCR. Tanah yang hendak dijadi tanah NCR ialah tanah yang ditanam sekurang-kurangnya 20 batang pokok buah-buahan, atau pun tanah hutan yang sudah ditebang dan dibersihkan untuk tujuan tanaman padi bukit atau tanaman lain seperti Jagung, lada dan lain-lain.

"The fruit trees about the kampung, as far as the jungle wound, are private property." (1840)

 Itulah pembohongan besar Baru Bian terhadap orang Penang di pedalaman Sarawak.  Dari sumber maklumat menyatakan kes-kes yang diambil oleh Baru Bian membabitkan kos RM 7 juta dan pelanggannya hanya  mendapat RM 3 juta sahaja.

Inikah pemimpin (Baru Bian)  yang akan diangkat untuk menjadi Ketua Menteri?


Dalam berita tv semalam dan hari ini telah menunjukkan mereka diberikan geran hak milik tanah NCR yang diduduki mereka sejak atau sebelum 1958 lagi. Begitulah baiknya kerajaan BN di Sarawak. Walaupun tanah NCR zaman British dan Brooke tidak mewajibkan setiap penduduk mendapat hak milik, tetapi kerajaan BN telah melakukannya.

Bukan itu sahaja, sebelum ini juga jutaan ringgit telah dibayar kepada pemilik tanah NCR kerana kerajaan mengambil tanah mereka untuk projek-projek pembangunan seperti membina jalan raya, membina sekolah, hospital, pejabat kerajaan dan sebagainya.  Walaupun tidak tidak ada geran hak milik yang sah, kerajaan tetap membayar pampasan kepada mereka.

Proses mengenal pasti tanah NCR bukan lah mudah, pihak jabatan ukur negeri Sarawak terpaksa menggunakan bantuan penggambaran dari udara untuk membandingkan dengan gambar-gambar yang diambil pada tahun 1950an.

Proses mengenalpasti tanah juga terpaksa melalui pelbagai proses penyelidikan sebelum tanah tersebut disukat dan diberikan geran hak milik secara percuma tanpa mengeluar wang walaupun 1 sen.

Tanah NCR hanya dikenakan cukai jualan jika pindah milik berlaku, nilai cukai yang dikenakan ialah 1 ekar - 1 ringgit. Itulah kadar cukai tanah yang termurah dalam Malaysia dan di dunia. Apa lagi alasan dan tuduhan pembangkang terhadap kerajaan Bela Negara?

Rakyat bumi kenyalang sentiasa berterima kasih dengan kerajaan yang sentiasa prihatin dan membela rakyat.

bersambung/...

No comments:

Post a Comment