Tuesday 5 April 2011

Pas untuk memenangi satu Dun di sarawak pada pilihanraya Negeri yang ke 10?

PAS Sarawak bercadang untuk menang satu kerusi daripada lima yang dipertandingkan. Ternyata Mak Cik Ani yang dipilih oleh Pas untuk bertanding di Muara Tuang hanya untuk menjadi kambing hitam atau test tube untuk menguji penerimaan Pas di Sarawak.

DALAM MENGURUSKAN PENTADBIRAN SESEBUAH NEGARA TIDAK ADA ISTILAH TEST TUBE ATAU CUBA-CUBA. OLEH ITU PENDUDUK MUARA TUANG PERLU MENOLAK CALON ORANG LUAR SEPERTI MAK ANI YANG TAK TAHU APA-APA TENTANG PENTADIRAN.

Peluang untuk meletakkan wakil rakyat pas di dewan undangan negeri sarawak memang sudah lama dinantikan.Gerakkerja pemuda negeri telah meletakan nama ketua pemuda negeri,Abg eddy bin abg fauzi. seperti yang dipersetujui oleh Dewan harian pemuda negeri sarawak ,mesyuarat DPPNSWK 2008 bersetuju menjadi kan sebuyau sebagai Dun angkat bagi merealisasi kan hasrat Pas untuk memenangi satu Dun di sarawak pada pilihanraya Negeri yang ke 10.Selidik cara rambang yg di buat pemuda pas sarawak ke kawasan sebuyau pengundi melayu menerima baik abg eddy sebagai calon prn ke 10 ini.Ini merupakan peluang terbaik pas negeri sarawak utk mengegarkan kedudukan pbb dan seterusnya merialisasikan era baru untuk sarawak,era perubahan.Dengan senario ini amat diharapkan perhubungan negeri sarawak dan pas pusat di kuala lumpur mengkaji dengan teliti dan mendalam akan potensi ini.Kita memasuki pilihanraya untuk menang maka wajarlah dipilih calon berwibawa serta mesra pengundi .Pemuda sarawak amat berharap hasrat ini dipenuhi .Sekiranya hasrat pemuda sarawak ini diketepikan dan dipandang remeh ,dikuatiri semangat pemuda pas sarawak untuk bekerja akan pudar . Yang benar, Ketua penerangan pemuda pas negeri swk.

CALON PAS N 15 MUARA TUANG DIISYTIHARKAN SETIAUSAHA AGUNG PAS

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, April 5, 2011


Dalam ucapan Cikgu Pa, beliau menaruh harapan yang tinggi dan penuh yakin PAS mampu membuat kejutan di Muara Tuang dan juga empat DUN lain yang ditandingi oleh PAS. Calon PAS yang diumumkan bertanding di Muara Tuang ialah Puan Noraini bt. Hamzah, 48 tahun atau lebih mesra dipanggil Kak Ani. Beliau anak kelahiran bumi Serambi Mekah Kelantan iaitu di Kg. Berangan, Bachok.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Morshidi bin Ali yang berasal dari Sarawak dan dikurniakan dua cahaya mata. Kak Ani telahpun menjadi warga Sarawak dan kini telahpun menetap selama 30 tahun di Kg. Tanjung Bundong. 

No comments:

Post a Comment