Saturday 2 April 2011

PAS akan pastikan BN hilang deposit di 5 DUN Sarawak...???

DAP Sarawak pun tolak PAS???

Meski pun tidak pernah menang di mana-mana DUN Sarawak, Parti Islam Se-Malaysia masih bercita-cita besar untuk bertapak di Bumi Kenyalang ini. Di dalam kemelut pembangkang berkenaan pembahagian kerusi DUN yang bakal dipertandingkan di Sarawak, PAS masih lagi diberikan 5 kerusi DUN untuk ditandingi kali ini.

DUN-DUN yang telah diberikan kuota kepada PAS ialah DUN Beting Maro, Sebuyau, Muara Tuang, Sadong Jaya dan Tanjong Datu. Khabar melalui corong "radio bergerak PAS", parti itu mempunyai peluang tinggi untuk menang di semua lima DUN tersebut! Itu kata "penglipur lara" PAS.

Entah betul entah tidak telahan yang dibuat oleh penyokong PAS itu. Setahu penulis, PAS tidak pernah mendapat tempat di hati rakyat Sarawak. Malah, PAS pernah kalah dan hilang deposit di Beting Maro sebelum ini. Benarkah PAS akan berjaya menawan kelima-lima kawasan tersebut?

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kali ini dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Sarawak bagi pihak PAS, tentunya sudah masuk perangkap puak-puak Nik Aziz. Pastinya dia akan teruk dikutuk dan dipersalahkan sekiranya PAS gagal memenangi sebarang kerusi kali ini.

Apa tidaknya? Boleh dikatakan bahawa PAS hampir mustahil untuk menang satu kerusi pun pada pilihanraya kali ini. Meskipun kuota bertanding PAS di Sarawak telah ditambah sehingga 5 kerusi DUN, peluang mereka untuk menang hampir tiada! Kenapa?

Ingatkah pembaca tentang reaksi Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang, ketika kalah dan hilang deposit di Beting Maro sebelum ini? Selepas kalah teruk disitu, Hadi dengan selamba "rock"nya berkata bahawa "rakyat Sarawak masih lagi bodoh dan bercawat"! Begitulah katanya...

Lagipun, Hadi menambah katanya lagi, "justeru rakyat Sarawak bodoh dan masih bercawat, maka rakyat Sarawak tidak mampu menilai parti PAS sebagai parti pembela rakyat yang berjuang sejujur-jujurnya", lebih kurang begitulah maksud kata-katanya.

Sukakah halwa telinga rakyat Sarawak mendengar kata-kata Hadi tersebut? Dia marah kerana kalah, dan disalahkan pula rakyat Sarawak. Jika kalah pilihanraya sekali pun, janganlah sehingga menghina rakyat jelatan. Sebetulnya, Hadi perlu "mengukur baju dibadan sendiri". "Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga"!

Sebetulnya, PAS tidak relevan di Sarawak. PAS tidak diterima di Sarawak bukan kerana rakyat Sarawak bodoh atau bercawat sebagaimana yang didakwa Hadi. Itu tidak betul sama sekali. PAS tidak diterima di Sarawak kerana rakyat Sarawak bijak, tidak mudah tertipu dan mampu berfikir secara waras.

Rakyat Sarawak tahu bahawa PAS hanya menjual agamanya untuk berkuasa. Rakyat Sarawak tahu akan pembohongan PAS, kononnya membawa perjuangan Islam, padahal PAS hanya merosakkan agama suci itu. Bukti di Semenanjung jelas membuktikan "PAS menjadikan parti mereka sebagai agama" dan tidak mengamalkan Islam sebenar.

Seperkara yang jelas, rakyat di Sarawak majoritinya menganut agama Kristian. Bukan bermaksud mereka tidak dapat menerima PAS kerana berlainan agama, namun oleh kerana sikap PAS yang terlalu ekstreme dengan imej agamanya, maka PAS kurang disenangi oleh rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak lebih suka dengan BN yang lebih terbuka dan saling menghormati biar pun berlainan agama.

Di dalam pemerhatian terkini yang berlaku di Sarawak, PAS menggunakan strategi "pacak bendera". Tapi, tak banyaklah bendera yang dipacaknya, hanya sebatang dua saja. Itu pun jauh dari penglihatan orang. Mungkin PAS takut benderanya dicabut penduduk setempat untuk dijadikan "kain pengelap kaki"!

Begitupun, masih ada lagi penyokong-penyokong PAS tegar yang percaya bahawa PAS akan berjaya menawan kelima-lima kerusi yang ditandingi. Sebagaimana biasa, PAS tentunya akan bermati-matian membawa penyokong mereka dari Semenanjung untuk membuat kacau sebagaimana kebiasaan mereka.

Harapnya, kali ini tidak ada dakwaan "SPRM tipu undi", "kertas undi dibuang ke dalam sungai" dan pelbagai lagi tohmahan jika mereka kalah pilihanraya. Harap pembangkang belajar menjadi matang. Sudah lama berpolitik, takkan tak matang-matang lagi?

Oleh: Biak Kacak!

No comments:

Post a Comment