Secara rasminya, manifesto BN sudah diumumkan. Berikut disenaraikan manifesto Barisan Nasional Sarawak bagi Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10, 2011. Manifesto bukan "bulan dan bintang"...
- Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak
- Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.
- Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.
- Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.
- Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.
- Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.
- Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.
- Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.
- Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.
Dengan manifesto begini, mampukah BN Sarawak mengekalkan tampuk pemerintahan BN di negeri ini. Manifesto ini tidak menjanjikan "bulan dan bintang", malah ianya boleh dicapai dengan mudah sekiranya mendapat kerjasama rakyat yang sukakan keamanan, perpaduan, kemajuan yang seiring dengan pembangunan insan dan sayangkan Sarawak daripada "penjajahan kuasa luar", terutamanya DAP yang sememangnya chauvinis dan pro-komunis.
Penulis pasti, pembangkang khususnya PKR dari Semenanjung bakal mengumumkan manifesto yang jauh lebih hebat berbanding BN. Pembangkang sememangnya terkenal dengan manifesto "bulan dan bintang", namun tidak mampu melaksanakannya apabila diberi peluang berkuasa.
Contohnya, Kelantan yang masih tidak membangun dan setanding dengan arus kemajuan negeri-negeri lain, Selangor dari sebuah negeri maju telah mundur kebelakang dengan dana perbendaharaan yang hampir habis dikaut masuk ke poket DAP dan PAS, dan di Kedah yang serba tidak tahu mentadbir meskipun sudah lebih 3 tahun mentadbir negeri di utara Semenanjung.
"Buku Jingga" merupakan manifesto terbaru pembangkang. Di dalam buku jijik tersebut terkandung segala "janji manis" pembangkang untuk meng"gula-gula"kan rakyat. Segala fakta perlaksanaan buku jelek tersebut dikatakan bakal dilaksanakan genap 100 hari pembangkang memerintah Malaysia. Itu janji Anwar, pemimpin "anugerah Tuhan", konon!
Setelah dikaji naskhah buku yang direka cipta Anwar dan rakan-rakannya, dianggarkan bahawa tidak lebih dari 6 bulan, Malaysia akan muflis dikerjakan pembangkang! Mana tidaknya? Kebanyakkan perbelanjaan rakyat dan operasi kerajaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan. Tapi cara nak dapatkan dana untuk menampung kos perbelanjaan tersebut tidak pula dinyatakan. Gila betul!
Jangan terkejut jika PKR, DAP, PAS dan "adik tiri terbuang" mereka SNAP, akan mengeluarkan manifesto yang jauh lebih baik dari BN. Pada jangkaan penulis, mungkin mereka akan menjanjikan sebuah kereta BMW X6 untuk semua keluarga di Kuching, sebuah Ford Ranger terbaru untuk seluruh keluarga di luar bandar, motorsikal CBR 1100 untuk orang bujang dan basikal letrik untuk setiap anak yang bersekolah!
Itu hanya jangkaan penulis, mungkin pembangkang di Sarawak mampu menawarkan jauh lebih baik dari itu. Penulis hanya ingin ingatkan rakyat Sarawak tentang pembangkang di Malaysia ini. Mereka sama saja di mana-mana pun. Sekiranya mereka menjanjikan kereta BMW X6 kepada setiap pengundi, pastinya habuan untuk mereka adalah Lamboghini atau Ferrari! RM1 diberi pada rakyat, RM100,000 untuk mereka.
Ini bukan dongeng. Perkara tersebut sudah berlaku di Selangor, jangan biarkan perkara yang sama juga berlaku di Bumi Kenyalang ini. Sarawak belum tercemar, jangan biarkan negeri ini dicemari oleh pembangkang yang gilakan kuasa! "Ngap sayot"kan mereka!
No comments:
Post a Comment