Thursday, 14 April 2011

Pembohongan dan Penipuan Amalan Wajib PAS, PKR dan DAP


Oleh: RBF

Selama ini kita sering mendengar pemimpin-pemimpin pembangkang melaung-laungkan kononnya Sarawak masih lagi ketinggalan atau mundur.

Dibawah ini apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin Pas.
BN hanya menunjukkan keprihatinan mereka bila terdapat pilihan raya, namun yang jelas lebih 50 tahun memerintah, Sarawak masih ketinggalan.

"Pengundi perlu bijak membuat pilihan, BN hanya menjanjikan pelbagai projek segera semasa pilihan raya, sedangkan kenapa sebelum ini sejak lebih 40 tahun memerintah tidak ada peruntukan seperti ini.

"Negeri kaya tetapi rakyat berada dalam keadaan kemiskinan yang teruk tanpa pembelaan. Adakah ini yang rakyat perlukan sekarang?

Hj Hadi

Sumber: Harakah Daily
"46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama.

Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman

Sumber: Harakah Daily
Itu kata mereka dan ternyata kata-kata mereka itu adalah pembohongan semata-mata.

Saya tidak mahu menulis panjang lebar tentang apa yang BN bangunkan di Sarawak.

Hanya dengan satu gambar dibawah ini sudah cukup untuk membuktikan mereka semua adalah pembohong besar.


Kain rentang diatas dipasang oleh sekutu PAS di satu kawasan pilihanraya yang ditandinginya. Anda semua dapat melihat apa yang tertulis di kain rentang itu.
Jika Sarawak masih mundur, jika Sarawak masih ketinggalan dari arus pembangunan dan jika rakyat Sarawak masih miskin bagaimana pula boleh berlaku kesesakan lalu lintas. 

Kesesakan lalu lintas berlaku disebabkan oleh kenderaan yang banyak, bukannya kerana pejalan kaki yang ramai. Jika rakyat masih miskin, bagaimana boleh adanya kenderaan yang banyak di atas jalan raya sehinggakan jalan raya boleh sesak. 

Di kain rentang tersebut mereka menyatakan lima penggal BN janji kosong. Lima penggal bersamaan dengan 25 tahun. Maknanya sejak 25 tahun yang lepas lagi kesesakan lalu lintas telah berlaku di Sarawak. Itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa rakyat Sarawak sudah maju sejak 25 tahun yang lepas.
Hari ini bila ada pilihanraya mereka datang dari semenanjung kata rakyat Sarawak miskin, sedangkan sejak 25 tahun yang lepas lagi ramai rakyat Sarawak sudah memiliki kenderaan sehingga jalan raya sesak.

2 comments:

  1. Puak PAS ini akan menunjukkan kebodohan mereka setiap kali ada pilihanraya.
    Rakyat yg cerdik sedikit akan menolak PAS pada PRU13 ini!

    ReplyDelete
  2. Tak paham. sedangkan Kota bharu, pusat negeri kelantan lagi tak ada air/guna air boring, bagaimana nak compare dgn srawak yang ibu negerinya jauh lebih maju dari KB! kelanatn yang sepertiga kapit pun tak boleh nak handle.

    ReplyDelete