Oleh:RBF
Beberapa hari selepas penamaan calon DAP, PKR dan PAS telah bersetuju dan bersepakat untuk melantik Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian sebagai Ketua Menteri sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.
Perkara tersebut telah pun diumumkan kepada pihak media dan berita mengenainya telah tersebar ke seluruh dunia.
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada pilihanr raya negeri ke-10, 16 April ini.
Persetujuan itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan diumumkan di Kuching ketika pelancaran manifesto mereka yang 'Ketuanan Rakyat'
Apabila ada gambar-gambar Baru Bian diedarkan dan tertulis perkataan Baru Bian Calon Ketua Menteri Sarawak diedarkan di beberapa tempat, tiba-tiba sahaja pemuda PKR yang memang terkenal dengan akalnya yang pendek melompat tidak tentu pasal.
Kata mereka tindakan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi.
Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zaman Huri mendakwa, tindakan itu bertujuan menakut-nakutkan pengundi kelompok itu memandangkan ketua menteri sekarang, Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah dari kalangan mereka.
Apa ke jadahnya bingai pemuda PKR ?
Pimpinan mereka sudah umum satu dunia Baru Bian bakal dilantik sebagai KM tetapi tiba-tiba pula mereka melompat mengatakan itu cubaan untuk menakutkan pengundi.
Tidak pasal-pasal pula mereka menuduh BN yang terlibat dengan perkara tersebut. Apa ke bingainya , yang umum perkara tersebut siapa ? Taib Mahmudkah ?
Mereka yang umum Baru Bian sebagai bakal KM, kemudian mereka kata BN pula yang terlibat. Memang sah pemuda PKR bingai.
SEKIRANYA benar sekali pun poster tersebut diedarkan oleh BN dimanakah salah dan silap poster itu ? Saya tidak fikir itu kerja BN kerana yang Baru Bian adalah musuh BN, mana mungkin BN tolong promosikan Baru Bian sebagai KM. Sudah tentulah BN mahukan orang mereka yang dinobatkan sebagai KM.
Bagaimana kamu semua hendak menjadi pemimpin negara dan negeri wahai pemuda-pemuda PKR jika itu sahaja taraf otak yang kamu semua miliki. Otak kamu semua hanya ingat menang pilihanraya dapat projek...projek...projek....dapat RM....RM....RM....
semua benda nak salahkan BN..kan dah terbodoh sendiri.
ReplyDeletePasai mereka ni akal lembam inilah yang Anwar membolehkan Anwar dapat penyokong. Yang cerdik2 banyak dah bye bye PKR bye bye Anwar.
ReplyDelete