Tentunya ramai yang teruja melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Adnan Yaakob dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat "satu kepala". Dan yang paling menarik, Mursyidul Am PAS yang didewa-dewakan oleh penyokong-penyokong totok PAS turut menyokong gagasan 1Malaysia!
Cuba lihat baju yang Nik Aziz pakai, ada tertera lambang 1Malaysia! Penulis fikir, tentunya Anwar, Kit Siang, Azmin dan Guan Eng "hangin satu badan" melihat Nik Aziz turut bersama-sama Najib bergambar sambil menunjukkan tanda "bagus" seperti di atas.
Sudah dikhabarkan, gagasan 1Malaysia sememangnya sangat molek dan bertepatan dengan seruan Islam yang menyuruh seluruh umat Islam bersatu. Namun, pembangkang seperti Anwar, Khalid "gagap", Kit Siang, Teresa Kok dan sebagainya cemburu dengan kejayaan Najib mempelopori gagasan 1Malaysia.
Sebagai contoh, Kerajaan negeri Selangor meng"haram"kan lambang 1Malaysia dipamerkan di kawasan negeri itu. Nampak sangat cemburu mereka. Malah, puak-puak ini sering memburuk-burukkan gagasan tersebut tanpa sebarang alasan yang boleh diterima akal yang waras.
Sebenarnya, PKR, DAP, SNAP dan sekutu-sekutu mereka takut jika rakyat Malaysia bersatu padu, apatah lagi jika rakyat disatukan oleh BN. Mereka sebenarnya mahu rakyat Malaysia berpecah belah. Sebab itulah mereka menolak gagasan 1Malaysia.
Dengan tersiarnya gambar Nik Aziz yang memberikan gambaran jelas bahawa Nik Aziz juga menyokong gagasan 1Malaysia, diharap pemimpin pembangkang yang lain jangan cepat melatah!
Sokong saja 1Malaysia kerana gagasan yang diilhamkan oleh pemimpin tertinggi BN ini sangat bagus demi kesejahteraan rakyat. Hanya orang tak waras saja yang menolaknya. Jangan pula Anwar marah pula dengan Nik Aziz, kasihanilah dia, dia sudah berumur...
Jika Anwar mahu baju 1Malaysia seperti yang dipakai Nik Aziz itu, penulis percaya, Datuk Ahmad Maslan mampu memberikan sehelai untuknya. Guan Eng dan Kit Siang mahu pun boleh juga. Nak berapa helai?
No comments:
Post a Comment