Sunday 10 April 2011

Belum Bentuk Kerajaan Sudah Berbohong

Oleh: RBF

Dua hari selepas penamaan calon PRN Sarawak DAP, PKR dan PAS telah melancarkan manifesto mereka. Antara JANJI MANIS mereka yang boleh memikat pengundi dalam manifesto tersebut ialah memberikan wang tunai RM 600.00 setahun atau RM 50.00 sebulan  kepada warga emas Sarawak yang berusia 60 tahun keatas.

Satu lagi JANJI MANIS yang boleh membuatkan pengundi cair ialah memberi RM 200.00 setiap anak-anak yang memasuki darjah satu.
“Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun,” kata manifesto itu.


Manifesto itu turut menjanjikan pendaftaran segera orang Sarawak yang tiada kerakyatan; menyumbang RM200 kepada setiap kanak-kanak Sarawak memulakan Tahun Satu; dan memberi bantuan kebajikan tahunan RM 600 kepada semua warga emas Sarawak berusia 60 tahun ke atas.


Apa yang dijanjikan diatas hanyalah pembohongan semata-mata. Janji itu hanyalah janji untuk mengula-gulakan rakyat Sarawak. Mereka hanya bercakap mengikut sedap mulut mereka sahaja.

Depan media mereka kata nak berikan RM 600 dan RM 200, tetapi dalam risalah mereka yang diedarkan tidak menyatakan mereka akan memberikan angka itu.

Lihat bukti di bawah.


Dalam risalah yang dinamakan Suara Sarawak yang diedarkan oleh PKR kepada pengundi secara jelas mereka menyatakan bantuan tahunan untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas hanyalah RM 400 sahaja atau pun RM 33 sebulan.

Manifesto apakah itu ?

Sana janji RM 600, sini janji RM 400. Tidak konsisten,nampak sangat ianya hanya pembohongan semata-mata demi untuk mendapatkan undi.

Dalam risalah diatas juga tidak dinyatakan bantuan RM 200.00 untuk anak-anak yang memasuki sekolah , darjah satu.

Belum bentuk kerajaan mereka sudah berbohong. Seandainya mereka diberi kepercayaan oleh rakyat Sarawak untuk membentuk kerajaan, saya boleh sahkan mereka tidak akan menunaikan segala janji-janji diatas sepertimana yang terjadi di Selangor semasa PRU 2008.

Antara JANJI PALSU mereka di Selangor dulu
  • Memberi bantuan RM 75 sebulan kepada setiap anak yang dihantar nurseri.
  • Memberi bantuan RM 50 sebulan kepada setiap anak yang dihantar ke pra sekolah
  • Memberi elaun setiap bulan kepada ibu tunggal
  • Memberi elaun bulanan kepada ibu yang memilih untuk berhenti kerja untuk menjaga anak-anak kecil sepenuh masa.

Sehingga ke hari ini mereka gagal menunaikan semua itu. Janji hanya sekadar janji untuk mendapatkan kuasa. Apabila sudah berkuasa janji-janji itu dinodai.

Sesudah menipu rakyat Selangor, sekarang mereka datang untuk menipu rakyat Sarawak pula dan datang temberang di Sarawak kononnya mereka melakukan itu ini dan sebagainya.

Semoga rakyat-rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan janji-janji pembohong yang datang dari semenanjung yang hendak menggunakan anda semua untuk tujuan mereka merompak hasil kekayaan negeri Sarawak.

2 comments:

  1. pembohongan parti pembangkang jer tu rakya sarawak dah sedarlah cerdik lah dengan PKR janji jer pandai tapi bila bab nak tunai macam2 alasan yang diberikan tunggu kami jadi perdana menterilah apa lah apa lah biasalah parti kencing rakyat kan itulah nama sebenar PKR

    ReplyDelete