Mahukah rakyat Sarawak melihat Sarawak dirosakkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab? Kemasukan PKR, DAP dan PAS hanya akan merosakkan budaya politik Bumi Kenyalang ini dengan pelbagai huru-hara yang merugikan rakyat negeri ini sendiri.
PKR, PAS dan DAP yang datang dari Semenanjung akhir-akhir ini semakin menunjukkan "belang" mereka di Sarawak. Mereka menimbulkan budaya politik perkauman yang menjejaskan perpaduan di antara kaum pribumi dan kaum Cina, sehingga timbul perasaan prejudis di antara satu sama lain.
PAS misalnya, telah menimbulkan ketegangan dengan sikap aggresif dan ganas ketika berkempen. Mereka juga sering melakukan provokasi melampau terhadap parti lawan sehingga mencetuskan kekecohan dan pergaduhan.
Tidak cukup dengan itu, PAS memecah belahkan umat Islam di Sarawak dengan fatwa-fatwa karut Mursyidul Am mereka yang di"import" dari Semenanjung.Mahukah rakyat Sarawak kepada budaya yang dibawa oleh PAS ini?
PKR pula kuat menipu rakyat di Semenanjung. Berketuakan Anwar Ibrahim yang kerap mengelilingi dunia menabur pembohongan dan memburuk-burukkan Malaysia, PKR hanya layak di"tong sampah"kan oleh rakyat negara ini, khususnya rakyat Sarawak.
Anwar sering membakar rakyat supaya mencetuskan huru-hara dan menafikan keamanan. Huru-hara yang berlaku akan menyebabkan ekonomi negeri ini mundur dengan keengganan pelabur dalam dan luar negara datang melabur di sini.
Selain itu, apa yang berlaku di Semenanjung seperti di Selangor dan Pulau Pinang jelas menunjukkan bahawa PKR tidak menunaikan manifesto mereka meskipun sudah menguasai Kerajaan Negeri itu lebih dari 3 tahun. Mereka berjanji akan menunaikan manifesto sebulan selepas memerintah negeri itu, namun sudah 3 tahun, tidak ada apa pun yang telah ditunaikan mereka.
DAP pula memerintah di Pulau Pinang. Sudah ramai yang teraniaya di sana. Penduduk Kampung Buah Pala misalnya, kehilangan rumah dan tempat tinggal mereka meskipun Anwar sendiri yang berjanji akan menyelesaikan masalah mereka selepas pembangkang mengambil alih Pulau Pinang. Penduduk kampung itu ditipu begitu saja dan dizalimi tanpa sebarang pembelaan.
Guan Eng juga enggan ditemui oleh penduduk dan rakyat Pulau Pinang yang mahu dia menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Guan Eng menyita dan merampas gerai-gerai rakyat yang menjadi sumber rezeki harian mereka. Rakyat Pulau Pinang semakin derita.
Guan Eng juga mengamalkan dasar "pilih kasih" di Pulau Pinang. Dia menekan peniaga bumiputera dan kaum India. Dia rampas tanah rakyat dan menghalau mereka tanpa sebarang pampasan yang setimpal. Penduduk dan masyarakat Cina yang menyokong MCA dan parti Gerakan turut pun ditekan Guan Eng.
Lihatlah sikap Guan Eng anak Kit Siang setelah mendapat kuasa. Dia menzalimi Melayu, India dan Cina (Gerakan dan MCA) di Pulau Pinang. Dia menzalimi bangsanya sendiri di sana. Mahukah rakyat Sarawak menderita sebagaimana rakyat di Pulau Pinang?
Sarawak akan pincang, musnah dan rosak seluruhnya sekiranya memberi peluang kepada pembangkang memerintah negeri ini. Walaupun sepenggal diberikan kepada mereka, pastinya Sarawak akan jahanam dikerjakan oleh perosak dan penipu rakyat ini. Mereka harus dihindar dan ditolak sepenuhnya. Itu pun jika rakyat sayangkan Sarawak...
No comments:
Post a Comment