Friday, 8 April 2011

Mahukah Sarawakians terus ditipu DAP mengenai kes kematian mendiang Teoh Beng Hock?


Isu kematian Teoh Beng Hock yang dimainkan oleh DAP pada Pilihanraya DUN Sarawak kali ini bagaikan memberikan bola tanggung kepada pihak BN untuk menamatkan riwayat pembangkang di Sarawak.

Mungkin DAP fikir, orang Sarawak "sik tau" tentang kes kematian mendiang Teoh Beng Hock yang menjadi konstroversi di Semenanjung. Lantas DAP cuba mengambil peluang ini untuk memanipulasi cerita tersebut bagi meraih undi rakyat negeri Sarawak? Itu satu tindakan yang tidak bermoral.

DAP Sarawak memainkan isu Teoh Beng Hock di Sarawak dengan harapan rakyat Bumi Kenyalang ini akan terpengaruh dengan cerita dongeng versi DAP. Dalam pada waktu yang sama, mereka cuba menimbulkan api kebencian di kalangan masyarakat majmuk di Sarawak dengan menyalakan sentimen perkauman yang chauvinis dan jahat.

Sebenarnya, isu Teoh Beng Hock sudah lama dimanipulasi dan dipolitikkan kepada rakyat umum. Pembangkang yang terkenal dengan teknik "hipnosis" dan "pukau" turut berjaya mempengaruhi keluarga mendiang Beng Hock.

DAP mendakwa bahawa mendiang Beng Hock mati dibunuh SPRM! Rakan saya, Pegawai Penyiasat SPRM pernah menceritakan bagaimana Gobind (anak lelaki Karpal) menengking dihadapan mukanya dan berkata "kamu pembunuh..!!!".

Sebenarnya, jika digunakan apa-apa teori logik mahupun secara teknikal sekalipun, adalah sangat mustahil untuk menuduh SPRM membunuh Beng Hock. Ini adalah disebabkan bahawa Beng Hock merupakan SAKSI UTAMA bagi pihak SPRM untuk mendakwa 4 orang ADUN DAP yang disiasat dan dipercayai menyeleweng semua projek-projek Kerajaan Pakatan Haram Selangor!

4 orang ADUN yang dimaksudkan itu ialah, Ronnie Liu, Teresa Kok, Ean Yong Hian Wah (boss kepada Beng Hock) dan Lau Weng San. Beng Hock telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada SPRM dalam menyelesaikan kes tersebut.

Menurut SPRM, mereka telah berjaya mendapatkan 4 dokumen dari Beng Hock dan turut berjaya merampas beberapa dokumen penting berkaitan kes dari sebuah rumah milik "Mommy Foo" di Seremban.

SPRM menyatakan bahawa semua projek-projek Kerajaan PKR, DAP dan PAS di Selangor itu telah diberikan kepada 12 syarikat "proksi boneka" yang akan di"sub-contract"kan kepada syarikat tunggal milik "Mommy Foo". Dikhabarkan juga bahawa "Mommy Foo" adalah "mitress Kit Siang" dan "unofficial mommy Guan Eng"!

Mengapa projek-projek tersebut direncana dan diberikan hanya pada "Mommy Foo"? Menurut sumber siasatan ketika itu, hasil keuntungan projek tersebut akan dibahagi tiga bahagian iaitu 10% kepada syarikat "proksi yang dibuat-buat", 60%-65% diberikan pada syarikat "Mommy Foo" yang mengusahakan projek dan 30%-35% diberikan kepada DAP!!!

Itulah yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh DAP, PKR dan PAS Selangor yang konon-kononnya mempunyai SELCAT! Itukah contoh ketelusan SELCAT pakatan pembangkang??? Sungguh menjijikkan!!!

Di dalam kes ini, mendiang Beng Hock yang merupakan SAKSI UTAMA pendakwaan tentunya sangat penting pada SPRM untuk mendakwa keempat-empat ADUN DAP ini. Logikkah SPRM membunuh saksi utamanya sendiri? Gila ke apa???

Persoalannya sekarang, apakah mendiang Beng Hock membunuh diri atau "ada pihak" yang membunuhnya? SPRM sewajarnya dikeluarkan dari senarai penyebab kematian kerana adalah mustahil SPRM mahu membunuh saksi utama kes mereka. Jika Beng Hock mati, kreadibiliti dan usaha SPRM terhadap kes ini bakal menjadi sia-sia.

Teori pertama menyatakan bahawa Beng Hock mati dibunuh. Siapakah yang mempunyai motif untuk membunuh Beng Hock? Kes siapakah dan parti manakah yang di siasat? Siapakah yang dikaitkan mempertahankan kelab malam, hiburan, perjudian haram, kongsi gelap dan sebagainya di Selangor? Pastinya semua pihak akan berpaling dan menuding jari terhadap Ronnie "the Don" dan DAP! Mereka ada "valid motive"!

Selain itu, ada pihak mendakwa seolah-olah Beng Hock telah dipaksa untuk menulis "nota bunuh diri" sebelum "diterjun"kan kebawah oleh "pihak" yang membunuhnya. Siasatan pakar forensik menyatakan bahawa Beng Hock masih hidup ketika "diterjun"kan ke bawah bangunan SPRM itu. Siapa bunuh Beng Hock? Wajarkah DAP tuduh SPRM bunuh Beng Hock?

Teori kedua pula menyatakan bahawa Beng Hock tertekan setelah berjanji dan bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada SPRM. Menurut pengawai siasatan, Beng Hock sangat memberikan kerjasama ketika disoal siasat dan menjawab semua soalan dengan bukti dan fakta yang diperolehi melalui komputer ribanya.

Persoalannya, mengapa dia tertekan sehingga menyebabkannya membunuh diri? Menurut khabar, ketika malam Beng Hock disoal siasat, dia kelihatan sangat tenang dan selesa di Pejabat SPRM tersebut. Namun, "mood"nya jelas bertukar selepas soal siasat tamat sekitar jam 3 pagi. Beng Hock enggan pulang ke rumah dan minta diizinkan tidur di pejabat SPRM sehingga pagi! Mengapa???

Menurut khabar lagi, Beng Hock seakan-akan sudah menghidu bau samseng-samseng kongsi gelap DAP yang bakal melanyaknya dan paling teruk, menamatkan riwayatnya untuk menutup rahsia DAP itu. Mereka dikatakan sedang "standby" diluar pejabat SPRM, malah ada yang dikatakan sudah menunggu diluar rumah Beng Hock! Mungkin sebab itu Beng Hock gelisah dan enggan pulang?!!!

Jadi siapa yang membunuh Beng Hock? Beng Hock bunuh diri sendiri atau ada pihak yang tidak mahu rahsianya didedahkan yang membunuh mendiang yang layak digelar "decent boy" itu? Wajarkah SPRM dikaitkan lagi dengan punca kematian Beng Hock?

Rakyat Sarawak fikirlah sendiri, bukalah mata seluas-luasnya dan lihatlah pembohongan DAP di Sarawak!!! Kerana gilakan undi, DAP sanggup menipu rakyat!!! Mahukah Sarawakians semua ditipu DAP???

No comments:

Post a Comment