Wednesday, 6 April 2011

Terkini: Tukang pasang bendera PKR dihalau kaum Cina di Satok!


Petang semalam, sekumpulan tukang sorak Parti Keadilan Rakyat datang ke kawasan Satok untuk memasang bendera di salah sebuah perkampungan kaum Cina di sini. Kampung tersebut terletak di Nanas Road.

Menariknya, penduduk kampung tersebut yang terdiri dari kaum Cina sebulat suara menghalau puak-puak "balaci" PKR tersebut dan melarang mereka menggantung sebarang poster, bendera dan bahan kempen PKR di kawasan mereka.

Maka bertempiaran larilah jentera-jentera PKR tersebut setelah dihalau. Kemudian, penduduk kampung tersebut telah menghubungi salah seorang ketua mereka meminta untuk dibekalkan bendera, poster dan kain rentang BN untuk digantung di kawasan itu.

Insiden yang berlaku itu agak mengejutkan memandangkan ianya berlaku di perkampungan kaum Cina yang dikatakan menolak BN Sarawak. Hakikatnya, masih ada lagi kaum Cina di Sarawak ini yang cintakan perpaduan, kemajuan dan pemerintahan BN di Sarawak.

Diharap apa yang berlaku di Nanas Road itu dijadikan iktibar oleh jentera-jentera PKR di seluruh Sarawak. Jangan fikir semua kaum Cina di Sarawak ini memilih PKR dan pembangkang. Jangan main serbu saja masuk kampung orang. Tanya dulu sebelum masuk!

PKR jelas tidak sensitif dengan budaya Sarawak. Mereka ingat Sarawak ini kampung halaman mereka yang boleh di buat sesuka hati. Nampaknya mereka tersilap jangka. Orang Sarawak tidak suka dipimpin PKR!

Nampaknya BN Satok agak sukar untuk digoyah PKR. Calon PKR di Satok, Ahmad Nazib pun dikatakan seorang "alim" yang suka berkepit dengan gadis lain selain isterinya. Benarkah dakwaan itu? Hanya orang Satok saja yang tahu...

2 comments:

  1. itu lah PKR ....mereka ingat semua org Cina Srwk boleh terima mereka ..

    syabas org Sarawak !

    ReplyDelete
  2. syabas. biar PKR tahu bukan semua rakyat boleh digula-gulakan oleh mereka. sekarang rakyat dah cerdik.

    ReplyDelete