Penulis betul-betul rugi untuk tidak bersama rakan-rakan di Kuching untuk bertemu dan mendengar ucapan negarawan ulung mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menurut rakan yang berada di sana, ribuan rakyat berkumpul di Kuching untuk mendengar Tun Dr. Mahathir berucap.
Bukan senang nak dengar Tun M berucap secara "live", "madah sidak ya".
Menurut rakan di sana, Tun M sempat berseloroh dengan para hadirin semasa berucap. Tun M berkata, "ada orang hilang jam Rolex". Kemudian di"perbetul"kan oleh ribuan yang hadir dengan jeritan "Omega..! Omega..! Omega..!", berulang kali.
Bergema satu Kuching khabarnya! Tun M kemudiannya menambah, "nampaknya orang Sarawak lebih banyak tahu berbanding saya", katanya sinis!
Penulis fikir, Tun M sengaja menyebut "Rolex", kerana beliau yakin bahawa seluruh yang hadir tahu bahawa jam tangan yang hilang itu berjenama "Omega" yang dimiliki oleh Anwar. Dan jam tangan itu masih "hilang", mungkin di tangan polis!
Itulah kehebatan Tun M. Beliau tidak hebat berpidato. Beliau tidak perlu menjerit seperi Anwar. Ucapannya selamba bersahaja. Tapi tajam dan kritis maknanya. Mungkin sebab itulah ada wartawan antarabangsa yang terketar-ketar bertanyakan soalan pada beliau.
Penulis terbayang. Jikalau Anwar berada di situ dan mendengar ucapan Tun M tersebut, apakah reaksinya. Yang berucap itu adalah bekas "mentor"nya. Mentor yang pernah melayannya bagaikan anak kandungnya sendiri. Insan mulia yang mendidik dan mengajarnya tentang dunia politik.
Namun, insan itulah yang Anwar menderhaka. Anwar memusuhi bekas "mentor"nya. Anwar menentang, menghina dan menyerang seorang tokoh yang sangat berbudi kepadanya sekeluarga.
Penulis masih ingat tentang satu cerita dimana Wan Azizah lari ke rumah Tun M dan Tun Siti Hasmah menangis-nangis kerana bergaduh dengan Anwar. Tun M dan Tun Siti Hasmahlah yang memujuk, membawa pulang Wan Azizah ke rumah Anwar dan mendamaikan mereka berdua. Begitu kasih sekali Tun M dan Bonda Siti Hasmah pada Anwar dan Kak Wan. Namun ini balasannya kepada kedua pasangan negarawan ulung ini.
Rakan memberitahu bahawa Anwar sudah meninggalkan bumi Sarawak. Mungkin dia tidak mahu bersua muka dengan Tun M. Dia tidak pernah menang berhadapan dengan Tun M. Sejak dari dulu, setiap kali dia berhadapan dengan Tun M, pasti dia akan kalah. Mungkin sebab itu dia "balik awal"!
Larilah kamu, Anwar. "You can run, but you cannot hide"! "DNA Lelaki Y", "lelaki bertuala putih", "Omega" dan terbaru, "RPK, Altantuya, Anwar: Eksklusif" akan terus mengejar kamu biar ke mana saja kamu berada. Tak payah lari jauh-jauh. Kedutaan Turki sudah menutup pintunya buat kamu. Bersedialah kamu ke Sungai Buloh dengan keadaan yang hina...sehina-hina manusia!
dalam usia mencecah 64 tahun...dsai dihujani dengan dugaan yg amat dasyat....semua buat tak menjadi....oleh itu...tolonglah berehat anwar...terimalah takdir yg anda tak dapat nak menerajui Malaysia kesayanganku ini...(aku tgk video tu sesuai bagi tubuh mereka yg berusia 60 an sebab ayah aku pun baya anwar ibrahim, dan susuk tubuh pun sama...cuma bezanya ayahku sudah tiada)
ReplyDelete