Saturday, 2 April 2011

Bolehkah "kalendar 2011" menyelesaikan masalah rakyat Sarawak???


Oleh: Biak Kacak!

Baru-baru ini, diberitakan bahawa beberapa anggota parti pembangkang telah berani cuba-cuba datang ke Sungai Liam Lepung Ajai di daerah Marudi untuk mengedar kalendar tahun 2011 secara percuma untuk memancing undi penduduk di kawasan tersebut.

Di dalam usaha mendekati rakyat dengan cara mengula-gulakan penduduk di sekitar Rumah Chabu dan Rumah Ramba dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi, pembangkang telah memberikan kalendar 2011, walaupun kini sudah masuk bulan April 2011, sudah lewat empat bulan. Sesuaikah diberikan kalendar tersebut?

Tak mengapalah. Lagi pun, kalender-kalender tersebut telah pun diedarkan. Terima sajalah kalender itu meskipun kita tahu bahawa barangan itu sebenarnya hanyalah sekadar "lebihan barang yang tidak diperlukan" oleh pembangkang. Lagipun, kalender yang tidak laku tersebut hanya seolah-olah menjadi sampah di pejabat pembangkang selama 4 bulan sebelum ini.

Ingin penulis memberitahu para pembangkang yang 'pemurah dengan kalender' tersebut bahawa rakyat, penduduk dan pengundi di negeri Sarawak, khususnya di Rumah Chabu dan Ramba bukannya mahukan kalender tahunan. Penulis percaya, setelah masuk bulan April 2011, mereka sudah mempunyai banyak kalender di rumah mereka.

Sesungguhnya, rakyat di negeri Sarawak ini mahukan prasarana, infrastruktur dan pelbagai kemudahan di kawasan mereka. Rakyat Sarawak mahukan lebih pembangunan dan kemajuan di kawasan mereka. Mereka memerlukan pemimpin tempatan yang lebih memikirkan tentang masa depan anak-anak mereka! Itu yang mereka mahu, bukannya kalander!

Mampukah pihak pembangkang sediakan semua itu berbanding kerajaan sedia ada yang selama ini bertungkus lumus berusaha membangunkan Sarawak? Cuba bandingkan keadaan negeri Sarawak dahulu dan sekarang. Cuba lihat Sarawak ketika sebelum 1963 dan bandingkan kemajuan, kemakmuran dan perpaduan yang telah dicapai setelah Kerajaan BN memerintah negeri Bumi Kenyalang ini. Bagai langit dengan bumi!

Kemajuan berada di merata tempat. Tidak hanya berpusat di Kuching, kini rakyat di Miri, Sibu, Bintulu dan banyak lagi kawasan boleh berbangga dengan kawasan mereka masing-masing. Kawasan-kawasan itu lebih jauh maju berbanding daerah-daerah di negeri Kelantan yang masih kurang membangun.

Di negeri Kelantan, Menteri Besarnya, Nik Aziz Nik Mat begitu berbangga dengan terbinanya "TESCO". Itu pun hanya sebuah sahaja di Kelantan. Kata Nik Aziz, TESCO itu lambang kemajuan Kelantan! Memadaikan dengan sebuah TESCO maka ianya boleh dikatakan "maju"? Tapi itu dari kaca mata pembangkanglah...

Jika dibandingkan bandaraya Kuching dan Kota Bharu, sangat jauh bezanya. Kuching jauh meninggalkan Kota Bharu di dalam serba serbi. Sama ada kemajuan prasarana, jalanraya, ekonomi, sosio-ekonomi, dan banyak lagi, Kota Bharu jauh lebih ketinggalan. Kota Bharu juga sangat kotor berbanding Kuching yang bersih terjaga imejnya.

Sebenarnya, pembangkang hanya pandai bercakap dan tidak tahu bekerja untuk rakyat. Mereka hanya tahu 'complaint', tapi tak tahu bagaimana menyelesaikan masalah rakyat. Mereka hanya mampu berbangga dengan pembohongan demi pembohongan kepada rakyat. Malangnya, ramai juga rakyat di Semenanjung yang sudah tertipu dengan Pakatan Pembangkang ini, mahukah rakyat Sarawak tertipu juga?

Nampaknya, kelihatan pihak pembangkang Sarawak sudah "desperado" untuk memancing undi apabila hanya memberikan kalendar untuk rakyat. Mereka tidak sensitif dengan masalah rakyat Sarawak. Mereka hanya mahu 'kuasa' tanpa perancangan yang baik sebagaimana yang telah dibuat, sedang dilaksanakan dan bakal dijayakan terus oleh Kerajaan BN Sarawak.

Justeru itu, penulis fikir, adalah tidak relevan sama sekali untuk rakyat Sarawak untuk memilih Pembangkang untuk masa depan rakyat Sarawak. Pembangkang tiada masa depan kerana sering berdosa kepada rakyat dengan penipuan dan pembohongan mereka. Mereka mengada-adakan cerita yang tiada. Usahlah dengar cerita dongeng mereka kerana itu semua hanyalah "bulak" semata-mata.

No comments:

Post a Comment