Saturday 2 April 2011

Pas Sarawak Mimpi Bulan Jatuh Ke Riba

Pas telah diwujudkan di Sarawak sejak awal tahun 80an. Pas hanya berani bertanding dalam dua piliharaya negeri dan kesemua kerusi yang dipertaruhkan telah kalah teruk dan hilang wang pertaruhan.

Sejarah kemasukan Pas di Sarawak adalah bermula di Sibu. Pesuruhjaya Pas ketika itu adalah seorang yang dikategorikan sebagai kaki pecah rumah, penipu dan sampah masyarakat. Beliau hanya syok sendiri dan akhirnya Pas berkubur begitu sahaja di sana.

Cuma kini setelah ramai kakitangan kerajaan yang kebanyakannya guru-guru dan ustaz-ustaz , Pas berkembang di sana.

Pas tahu dan sedar yang parti itu tidak mendapat sokongan daripada kalangan pengundi Sarawak  tetapi mengharapkan 26 peratus orang Islam Sarawak untuk menyokong mereka kali ini.

Pas mengharapkan dengan bekerja sama dengan Dap dan Pkr mereka akan mendapat undi simpati untuk memenangi kerusi pertamanya di negeri ini, dan dengan itu turut berusaha mendapatkan sokongan pengundi bukan Islam.

Pas akan bertanding di Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu.

Bagi mendapatkan sokongan masyarakat Iban, beliau berkata PAS akan menumpukan pada tanah hak adat (NCR), isu yang dekat dengan hati mereka.

Penganalisis politik berpendapat adalah mustahil untuk PAS memasuki Dewan Undangan Negeri.

Menurut pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Awang Azman Awang Pawi, laluan "amat sukar" bagi PAS berikutan latar belakang penduduk yang terdiri daripada pelbagai agama, kebudayaan dan etnik.

"Rakyat masih sukar untuk menerima ideologi sebuah negara Islam, dan PAS dianggap sebagai sebuah parti ekstremis," katanya.

Awang Azman berkata PAS telah disamakan dengan penduduk Islam di Mesir, dianggap sebagai pergerakan Islam paling berpengaruh di dunia, dan keadaan itu telah menakutkan banyak orang.

"Faktor lain ialah kaum Bumiputera, sama ada Islam dan bukan Islam, lebih selesa dengan PBB daripada PAS yang berpangkalan di Semenanjung," katanya.

"Bumiputera Islam ialah minoriti di negeri ini, tetapi pencapaian mereka dalam bidang pendidikan dan ekonomi agak signifikan, dan rakyat menghargainya," katanya

No comments:

Post a Comment