Friday, 8 April 2011

Terpanasss..!!! Penduduk Ulu Baleh dianiaya SNAP..!!!

Gambar ehsan dari blog Orang Panggau...

Penyakit "Parti Penipu Rakyat" yang selama ini dikaitkan dengan PKR di Semenanjung, nampaknya sudah menular menjangkiti parti SNAP di Sarawak! Terbaru, calon parti SNAP, George Lagong dikahabrkan telah menipu dan menganiaya rakyat pedalaman di Kapit!

Menurut ceritanya, agen-agen George Lagong telah masuk ke Ulu Baleh, kawasan pedalaman di daerah Kapit, memujuk rayu penduduk kampung-kampung di situ untuk berhimpun membanjiri pasar Kapit di bandar daerah itu.

Mereka diumpan dan dijanjikan dengan habuan wang ringgit, akan dibayar kos minyak, wang saku dan sebagainya bagi mengiringi George Lagong pada hari penamaan calon. Maka berduyun-duyunlah orang-orang kampung pedalaman dari Ulu Baleh berangkat ke pasar Kapit pada hari tersebut berbekalkan modal sendiri...

Malangnya, setibanya mereka di situ, George Lagong dan agen-agennya tiada di situ. Bayang-bayang parti SNAP pun tidak kelihatan! Maka, terkejutlah penduduk kampung-kampung dari Ulu Baleh tersebut. Apatah lagi mereka diberitahu bahawa George Lagong tidak bertanding di N56 DUN Baleh (kawasan mereka), tapi dia bertanding di N54 DUN Pelagus!

Merasakan tertipu dengan Georga Lagong dan SNAP, maka mereka telah menyerbu ke Bilik Operasi BN DUN Baleh dan berikrar akan memberikan undi mereka beramai-ramai kepada calon BN! Terpiga-piga dan gembira dengan kejadian itu, petugas BN di situ menyambut mesra penduduk Ulu Baleh yang teraniaya dan tertipu oleh pembangkang tersebut.

Kasihan pada rakyat Ulu Baleh ini. Sudahlah bersusah payah datang dari jauh, ditipu pula oleh parti pembangkang yang gilakan kuasa. Bukan murah kos perjalanan dari Ulu Baleh mahu ke bandar Kapit. Besar kosnya! Apatah lagi mereka bukanlah dari golongan berada seperti pemimpin SNAP.

Penulis sedih bercampur gembira dengan insiden ini. Penulis sedih dengan penaniayaan yang dilakukan oleh pembangkang terhadap rakyat. Belum pun memerintah Sarawak, mereka sudah menipu dan menganiayai rakyat Sarawak sendiri. Tentunya mereka akan lebih bermaharajalela sekiranya memerintah Sarawak! Mintanya mereka janganlah memerintah Sarawak sampai bila-bila.

Namun, penulis gembira dengan kesedaran dan sokongan yang diberikan oleh penduduk kampung dari Ulu Baleh tersebut terhadap Barisan Nasional. Mungkin mereka hidup agak jauh dari arus kemodenan di bandar Kapit, namun demi rakyat, penulis yakin dan percaya bahawa BN tidak pernah mensia-siakan rakyat Sarawak, meskipun mereka tidak memilih BN ketika mengundi. Itulah BN, sentiasa bersama rakyat untuk mendahulukan rakyat dalam apa jua pun keadaan!

No comments:

Post a Comment