Saturday 19 March 2011

HANYA BN LAYAK MENTADBIR SARAWAK




Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu-satunya pakatan yang paling releven untuk mentadbir Malaysia termasuk Sarawak.

Ini adalah kerana tidak ada gabungan parti politik di dunia yang mewakili pelbagai bangsa dan kumpulan etnik seperti yang ada di dalam Barisan Nasional


Barisan Nasional meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat sebagai agenda utama dalam mentadbir Negara bersesuaian dengan moto “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Berbeza dengan parti pembangkang iaitu PKR, DAP, PAS dan SNAP. Mereka hanya wujud sebelum dan semasa pilihanraya sahaja untuk menabur fitnah dan pembohongan dalam usaha mereka untuk merampas Sarawak.

Politik perkauman dan perbezaan idealogi dalam halatuju perjuangan parti membuatkan pakatan pembangkang ini gagal untuk mencapai kata sepakat dalam setiap keputusan yang dibuat.



Berbeza dengan Barisan Nasional, kerjasama yang baik terjalin di antara parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional memudahkan untuk berbincang dan mencapai kata sepakat dalam membuat satu-satu keputusan dengan adil mengikut kepentingan rakyat.

Pelbagai masalah  yang dihadapi di negeri-negeri di bawah jajahan Pakatan Rakyat. Politik perkauman menjadi penghalang untuk mereka duduk semeja untuk berbincang dan akhirnya rakyat menjadi mangsa.

Lihat sahaja nasib kaum Melayu dan kaum India di Pulau Pinang. Di bawah pentadbiran Kerajaan DAP yang berat sebelah tempat tinggal dah tempat mereka berniaga untuk mencari rezeki dirobohkan sesuka hati.

Selangor pula tidak habis-habis dilanda masalah. Semuanya terhasil dari kepincangan kepimpinannya. Pakatan Rakyat dan masalah seolah-olah saudara kembar yang tidak dapat dipisahkan.

Satu persatu masalah timbul. Masalah sedia ada tidak diselesaikan masalah baru pula timbul. Kemudian kerajaan negeri sibuk mahu menggubal perlembagaan yang telah lama digunakan semata-mata untuk kepentingan politik mereka. Jika mereka diberi peluang mentadbir Negara porak peranda jadinya.

Begitu juga masalah-masalah yang menimpa rakyat di Kedah dan juga Kelantan. Kekurangan pelaburan langsung dari luar (FDI) menyebabkan negeri di bawah jajahan pembangkang ini sukar membangun. Di mata pelabur luar, negeri-negeri ini tidak mempunyai daya penarik dek kerana ketidakcekapan pemimpin mentadbir negeri.

Di Kelantan khasnya, rakyatnya terpaksa merempat ke negeri-negeri lain demi sesuap nasi. Ini kerana kerajaan yang ditadbir PAS selama 20 tahun ini, terlupa untuk membangunkan negeri sebaliknya sibuk dengan agenda politik.

Adakah parti-parti sebegini layak diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri Sarawak? Adakah rakyat Sarawak sanggup melihat negeri kesayangan mereka ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang mementingkan agenda politik peribadi semata-mata? Tepuk dada tanya selera. 

1 comment:

  1. Who should be the next Sarawak CM?

    Have your voice HEARD! Click on the link below (or copy & paste URL) to vote.

    http://www.micropoll.com/a/mpview/1069566-405576

    ReplyDelete