Tuesday, 15 March 2011

Prelude awal Pilihanraya Sarawak: Pembangkang luar cuba “langgar” Sarawak.

Oleh : Biak Kacak

“Perang belum bermula, namun gendang sudah dipalu”, begitulah suasana terkini berkenaan senario politik Sarawak yang bakal meletup pada bila-bila masa dari sekarang. Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak “is just around the corner”, begitulah difahamkan oleh sumber terkini yang penulis terima.

Belum pun Ketua Menteri, Pehin Sri Taib Mahmud mengumumkan pembubaran sidang DUN Sarawak, rupa-rupanya parti-parti pembangkang dari “luar” sudah pun menghantarkan bala tenteranya ke Sarawak. PKR, PAS dan DAP, masing-masing sudah tiba lebih dua tiga minggu awal dari artikel ini disiarkan.

Antara yang hadir di sana ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Menurut sumber dalaman PKR, Azmin dihantar ke sana semata-mata untuk memujuk DAP Sarawak yang sedang panas bersengketa dengan Dominique Ng, Ketua Perhubungan PKR Negeri Sarawak.

Menurut khabar, Dominique berseteru dengan DAP kerana berebutkan kerusi. Namun, desas-desus yang lebih kuat menyatakan bahawa “godfather” DAP telah berjaya menyaman Dominique di mahkamah dan dia terpaksa membayar lebih kurang RM300,000 kepada “godfather” tersebut. Mungkin sebab itulah PKR dan DAP Sarawak berperang.

Menurut sebuah blog PAS, Azmin yang dikatakan sedang berkampung di Sarawak, hidup bagai “Rajah Brooke Pakatan Rakyat” di sana. Lagaknya bagaikan seorang raja dan sangat mewah gayanya. Azmin dikhabarkan di hotel Pullman, hotel terkemuka di Sarawak.

Selain itu, Azmin juga dikatakan “bermuka-muka” ketika bertemu dengan kumpulan DAP dan SNAP di sana. Azmin tidak habis-habis mengampu dan membodek DAP dan SNAP untuk berbaik-baik semula dengan PKR. Mungkinkah Azmin merasakan bahawa PKR sememangnya lemah di Sarawak berbanding DAP dan SNAP sehingga terpaksa merayu-rayu sebegitu?

Blogger PAS itu turut meluahkan kemarahannya kepada Azmin dengan lagak sombongnya kepada jentera PAS yang turut tiba di Sarawak ketika itu. Menurut blogger itu, Azmin tidak sedikit pun peduli kepada PAS Sarawak yang “kekeringan poket” untuk berkempen bagi pihak Pakatan mereka. Azmin asyik dengan DAP dan SNAP sahaja, dan PAS dipinggirkan!

Bila Azmin ditegur sapa oleh PAS dan meminta sedikit wang darinya untuk membantu rakan seperjuangannya itu, Azmin dengan selamba menjawab “Saya hanya jaga parti saya”, dan ini telah menyebabkan jentera PAS hilang semangat melihat sikap Azmin yang tidak mempunyai sifat “setiakawan”.

Pada penulis, tidak kira sama ada parti PAS, PKR mahupun DAP, mereka sebenarnya tidak diterima sama sekali oleh rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai suku kaum bumiputera itu. Sebenarnya Sarawak sudah mempunyai parti pembangkang mereka sendiri dan begitu juga dengan parti yang membentuk kerajaan yang dipilih rakyat sejak 1963 lagi.

Rakyat Sarawak sebenarnya enggan menerima parti luar dari Sarawak kerana mereka fikir, mereka lebih arif dan layak untuk mentadbir tanah pusaka mereka sendiri. Sebab itulah UMNO tidak pernah wujud di Sarawak.

 Tapi, sudah dasar pembangkang seperti PKR, PAS dan DAP yang tidak faham kehendak rakyat pribumi Sarawak, mereka tetap “langgar” juga. Ianya tidak ubah seperti ketua mereka yang kini menghadapi tuduhan liwat. Anwar tahu lubang dubur itu bukanlah dicipta untuk tujuan seks, tapi dia “hentam” juga!

PKR sebenarnya tidak pernah diterima oleh rakyat Sarawak. Yang menubuhkan cabang atau ranting di sana pun hanyalah segelintir individu yang “kecewa”. “Kecewa” kerana tak dapat projek dan tidak mendapat jawatan yang dikejar selama ini. Mereka opportunis sebenarnya!

Sebagai contoh, Beginda Minde yang membuta fitnah terhadap Ummi Hafilda. Beginda ialah pemimpin PKR yang rapat dengan Anwar. Dua kali dia bertanding sebagai calon PKR. Dia bertanding di Parlimen Kapit pada 1999 dan di DUN Engkilili pada tahun 2001, dia tewas teruk sehingga hilang wang deposit!

Dengan menawarkan 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, dianggarkan hanya lima hingga 10 sahaja kawasan “gelap” bagi jentera BN yang diketuai oleh Taib Mahmud. Mampukah pembangkang seperti PKR, PAS dan DAP menawan Sarawak? Mampukah mereka memenangi lebih dari 36 kerusi? Nak dapat 10 pun susah bagai nak mati. Renung-renungkanlah...
Sarawak Bersatu

No comments:

Post a Comment