Monday, 28 March 2011

Anwar seorang Billoinaire: TPM paling korup dalam sejarah

 Rumah Anwar Bernilai Rm 9 juta
 



Oleh Alehkayong

Tatkala blogger-blogger pro-pembangkang begitu seronok membincangkan dan memfitnah sumber kekayaan Ketua Menteri Sarawak Phin Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya , mereka ramai yang tidak tahu ATAU sengaja meyelindungi bahawa individu ke-3 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng , ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia ada kiatan dengan Anwar.

Beliau bernilai AS$3.2 bilion dimana IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar .

Bapa DS Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rihman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Chxng merupakan pemilik dan pemegang saham utama. 
Dan dipercayai TSLSC adalah salah seorang proxy Anwar.
Belum dari sumber-sumber lain lagi....
Rupa-rupanya kekayaan  Anwar yang diselindunginya ini menyamai kekayaan Hosni Mubarak!!!?


KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ramai individu seperti Hosni Mubarak wujud di Malaysia sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ini kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipercayai mempunyai kekayaan yang hampir setara dengan Presiden Mesir tersebut.
Katanya, jika Hosni yang kini berkemungkinan bakal digulingkan oleh rakyatnya mempunyai kekayaan AS$70 bilion (RM213.192 bilion), Anwar pun tidak kurang mewahnya.
“Saya ingin bertanya berapa nilai harta yang dimiliki Anwar sekarang sehingga beliau boleh ke luar negara dua hingga tiga kali sebulan selain, mampu membayar yuran guaman kepada Karpal Singh.
“Kalau proksinya sewaktu bergelar Menteri Kewangan dulu, terutama mereka yang digelar ‘empat budak hitam’ mempunyai kekayaan sehingga tujuh keturunan, cuba bayangkan harta Anwar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas dakwaan Anwar sewaktu berucap di Amerika Syarikat minggu ini bahawa ramai individu seperti Hosni di Malaysia.
Sehubungan itu, beliau mencabar ketua pembangkang tersebut mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki serta kos guaman terhadap Karpal jika merasakan perkara itu tidak benar.
“Rakyat Malaysia nak tahu berapa kekayaan dia kerana selepas tidak berada dalam kerajaan sekian lama pun Anwar mampu menjalani kehidupan yang mewah,” katanya – utusan
saksikan juga kekayaan terperinci anwar semasa dan selepas beliau menjadi Menteri Kewangan dulu dan bagaimana beliau meng"kaya"kan kaum kerabatnya disini.

Inilah calon Wakil PM !!! Rakyat Sarawak ??? 

No comments:

Post a Comment