Thursday 24 March 2011

PAS & DAP rakus rebut kerusi Dun Senadin!

Pilihanraya negeri Sarawak ke-10 membuktikan kerakusan Pakatan Rakyat (PR) terhadap wang dan kuasa sehingga menyebabkan berlakunya perbalahan sesama pemimpin parti itu.

Di Miri sahaja perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin antara parti PAS dan DAP itu dimana kedua-duanya tamak untuk meletakkan calon masing-masing sedangkan dalam PR.

Ini jelas menunjukkan PR bukan sahaja semakin goyah malah jelas menunjukkan barisan pembangkang begitu terkinja-kinja untuk menjadi calon.

Persoalannya adakah calon mereka ini diterima rakyat Senadin.

Kedua-dua calon dari parti berkenaan dikatakan berbalah sesame mereka untuk menumbangkan orang kuat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang mewakili Barisaan Nasional (BN) iaitu Datuk Lee Kim Shin yang sudah disahkan mempertahankan kerusi itu.

Setakat ini, Pas sudah membuat senarai pendek calon yang bakal dipertandingkan untuk merebut kerusi dun terbabit di Senadin.

Menurut sumber tiga bakal calon professional dikatakan menjadi taruhan mereka dimana seorang peguam, ahli perniagaan dan seorang pakar ICT bakal mewakili PAS.

DAP pula, terdapat khabar angin yang menyatakan parti terbabit mahu meletakkan calon wanita di kerusi itu.

Kerusi Senadin mempunyai majoriti pengundi Cina adalah kubu kuat sejak Lee menjadi ahli DUN pada tahun 1996.

No comments:

Post a Comment