Sunday, 20 March 2011

TAJUK: PINTU SIAPA YANG PERLU DITUNJUK KELUAR, KIT SIANG?

Kit Siang yang tak mahu lepaskan tampuk kuasa DAP nak menasihatkan Taib yang sudahpun setuju untuk berundur


Kata Kit Siang, hanya dengan menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional di Sarawak, barulah Taib Mahmud akan meninggalkan jawatannya selaku Ketua Menteri. Ditambah pula kata Kit Siang, tiga nama yang dilihat berpotensi untuk menggantikan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri iaitu Adenan Satem, Abang Johari dan Affendi Norwawi kelihatan tidak bersedia untuk menjawat jawatan tersebut. 
Bab tiga nama yang dikatakan paling layak menggantikan Taib Mahmud itu, ada benarnya dan ada tidak benarnya. Sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka kelihatan begitu yakin dan sangat yakin akan menjadi Ketua Menteri walaupun banyak pihak yang melihat, pemimpin berkenaan terlalu 'gelojoh' dan sudah tidak dapat menahan sabar.
Ketakutan Kit Siang kepada Taib Mahmud terlihat dengan jelas dalam kenyataannya yang tersiar di MALAYSIAN INSIDER. Kit Siang cuba menyamakan dirinya dengan Taib Mahmud tanpa segan silu. Dan kalau anda perhatikan, Kit Siang tidak sama sekali menyerang selain serangan ke atas peribadi Taib Mahmud. Begitu juga dengan wakil-wakil rakyat DAP di Sarawak, sepanjang tempoh mereka berkhidmat kepada rakyat Sarawak, terlalu jarang mereka menimbulkan sebarang isu yang membabitkan rakyat secara terus, sebaliknya lebih banyak memperincikan tentang Taib Mahmud dan ahli keluarganya. 

Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar pada esok hari.... maka bermulalah kempen DAP untuk menjahanamkan Sarawak bersama-sama PKR dan PAS selain dibantu oleh 'orang dalam' iaitu SNAP. SNAP bagaimanapun kelihatan tidak berpuas hati dengan cubaan PKR menunjuk hebat di negeri orang  menerusi pembahagian kerusi yang tidak adil. 

Memandangkan Lim Kit Siang mempunyai 'nama gah' sebagai JEMBALANG, maka Kit Siang memulakan cakap dan serangan. Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin yang lebih awal melakukan serangan, kini terpaksa tutup mulut kerana kes DNA Anwar Ibrahim yang perlu diserahkan kepada mahkamah.

Cubaan merampas Sarawak dan MENSEMENANJUNGKAN Sarawak dijalankan dengan giat oleh JEMBALANG DAN PUAKA ini. Azmin Ali suatu ketika memberitahu rakyat Sarawak bahawa Sarawak akan menikmati AUTONOMI PENUH sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa sedangkan Sarawak sebenarnya sedang menikmati autonomi penuh semenjak menyertai negara Persekutuan Tanah Melayu dan Sabah untuk membentuk Malaysia. 

Sarawak dan Sabah adalah rakan kongsi 'NEGARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU'... 

Cubaan Azmin Ali untuk menipu tentang perkara tersebut akhirnya 'ditunjukkan' dengan pengusiran dan larangan masuk ke atas Sivarasa Rasaiah ketika mendarat di Lapangan Terbang Kuching beberapa hari yang lepas.

Taib Mahmud adalah orang Islam, dan sebagai orang Islam, cara dan coraknya tidak sama seperti yang ditunjukkan oleh Lim Kit Siang mahupun anaknya Lim Guan Eng. Taib Mahmud bukan jenis yang mendabik dada menceritakan kejayaannya seperti mana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Setiap kejayaan yang diceritakan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang sebenarnya bukanlah kejayaannya, sebaliknya kejayaan agensi kerajaan persekutuan, dan ianya berbeza di Sarawak. Taib Mahmud mempunyai perasaan malu untuk mendabik dada dengan kerja orang lain. Dan Taib Mahmud ada perasaan segan untuk mengakui kerja orang lain sebagai kerjanya.

Ambil sahaja contoh terbaik di Sibu. Apakah yang telah dilakukan oleh wakil DAP di Sibu selepas memenangi kerusi Parlimen tersebut pada pilihanraya kecil yang lalu? Tidakkah segala janji dan cakap-cakapnya sekadar cakap-cakap kosong semata sedangkan yang diharapkan untuk mengotakan janjinya adalah TAIB MAHMUD dan Kerajaan Persekutuan? Mana Lim Kit Siang? Mana Lim Guan Eng dan mana Wong Ho Leng di Sibu?

Benarkah seperti kata Wong Ho Leng bahawa para pengundi Cina di Sarawak menentang dan memusuhi Taib Mahmud? (RUJUK SINI) Sedangkan kebanyakan teras ekonomi dan perniagaan di seluruh Sarawak sangat bergantung harap kepada Taib Mahmud menerusi penguasaan mereka dalam pelbagai bidang? Dan kalau benarlah yang komuniti serta pengundi Cina menentang dan memusuhi Taib Mahmud, mengapa pula mereka tetap mendesak agar kepentingan mereka di Sarawak dilebih-lebihkan?

Sarawak adalah sebuah negeri liberal. Semua orang boleh hidup bersama antara satu sama lain. Namun semakin kuat penguasaan DAP dan PKR di Sarawak, bererti rakyat Sarawak akan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti yang sedang berlaku di Semenanjung khususnya dalam hubungan antara kaum. Perjuangan utama DAP sebagaimana yang diketahui bukan untuk keseluruhan rakyat Malaysia, sebaliknya untuk orang sebangsa dengan Lim Kit Siang. Walaupun pada satu-satu masa mereka kelihatan seperti memperjuangkan Iban dan kaum Dayak, hakikatnya mereka sedang melindungi taukeh-taukeh bermata sepet yang menjadi tok dalang di belakang kaum berkenaan. 

Segala-gala yang diperjuangkan oleh DAP hanyalah penguasaan ekonomi kaum Lim Kit Siang!!!

Tunjukkan pintu keluar kepada DAP, rakyat Sarawak pasti akan hidup lebih aman, sentosa dan makmur. Bahkan kek ekonomi boleh dibahagikan sama rata, sekalipun tidak berlebihan!

No comments:

Post a Comment