Oleh : Biak Kacak
“Ramei benar miak-miak Sarawak yang tertipu dengan madah pembangkang di siya. Miak-miak Sarawak sik tahu kebenaran di sebalit fakta. Pembangkang sidak ya bulak kan kitak semua dan kitak sik sedar bahawa sidak ya sik ada fakta bah. Baca kebenaran tuk kamek madah ngan kitak semua...”
Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak sudah hampir. Belum pun sidang DUN Sarawak dibubarkan oleh Ketua Menteri, pihak pembangkang yang ghairah mahu menawan Sarawak sudah menyerang Barisan Nasional Sarawak bertalu-talu, terutamanya Pehin Seri Taib Mahmud sendiri.
Pembangkang mempersoalkan kekayaan Taib Mahmud yang didakwa memiliki puluhan buah kereta mewah berjenama Rolls Royce. Beliau dilihat mewah memandu Rolls Royce setiap hari. Selain itu, bermacam-macam lagi tohmahan yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadapnya.
Persoalannya, mengapakah pihak pembangkang menjadikan Taib Mahmud sebagai “subjek” untuk diserang? Benarkah beliau memiliki begitu banyak kereta Rolls Royce? Benarkah baru-baru ini beliau ada membeli kereta Rolls Royce baru?
“Biar kamek madah apa yang benar..Siapa sik kenal ya Taib Mahmudnya tek. Nya Ketua Menteri Sarawak yang paling lama memerintah di siya. Ramei orang madahnya kaya raya. Benar kah kedak ya? Biar kamek madah kebenaran ya..jawapan ya...Sik!”
Sebenarnya, Taib Mahmud tidak memiliki puluhan kereta mewah. Benar dia memiliki Rolls Royce. Namun keretanya itu lebih layak diletakkan di muzium sahaja. Kereta Rolls Royce terbaru yang dimilikinya dibeli pada 1993, di mana kereta tersebut sudah uzur dan tua. Tombol untuk membuka pintu kereta tersebut pun sudah rosak. Ianya merupakan kereta “second hand” yang dibeli setelah kereta itu tersadai lama tidak digunakan.
Itu faktanya. Jika tidak percaya, pergilah selidik sendiri di rumah Pehin Seri Taib Mahmud. Sebuah lagi kereta Rolls Royce yang dimiliki dibeli berusia pada 1945. Sebuah lagi kereta yang patut diletakkan di muzium negeri Sarawak. Berapa harga kereta tersebut di zaman ini?
Penulis fikir, ianya tidak lebih dari harga sebuah kereta kancil “second hand”! Dakwaan yang mengatakan beliau ada membeli kereta baru Rolls Royce terbaru baru-baru ini adalah “bulak” semata-mata!
Sebenarnya, Pehin Seri Taib Mahmud terpaksa menggunakan kereta-kereta tuanya itu setiap hari untuk mengekalkan “maintenance” kenderaan tersebut. Kereta baru pun, jika tidak digunakan, pastinya baterinya akan “mati”, “oil pump”nya pun akan tersumbat dan rosak. Apatah lagi kereta tua yang susah mendapat alat ganti itu? Oleh itu, mahu tidak mahu, Taib terpaksa menggunakan kereta Rolls Royce tersebut. Itu faktanya.
Untuk maklumat tambahan pembaca, Taib Mahmud tidak pernah memperuntukkan sebuah kereta pun untuk kegunaan rasminya sebagai Ketua Menteri. Ketika mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Kelantan dan Kedah hebat menikmati kereta mewah yang baru (brand new!), Pehin Seri Taib Mahmud hanya menggunakan kereta sendiri untuk kegunaan rasminya.
Meskipun Kerajaan Negeri Sarawak mampu membeli kereta yang lebih hebat dan mewah, Taib Mahmud “is always the old fashion way”, dan pada beliau, tidak perlu menghabiskan wang negeri untuk kemewahan dirinya.
“Jadi, siney benar ya apa yang di madah pihak pembangkang? Sidaknya bulak kan kitak idup-idup! Iboh jak percaya apa yang dimadah pembangkang ya. Udah banyak benar bulak sidak ya di semenanjung, kitak mahu sidaknya bulak di Sarawak pula, kah?”
Semasa isteri Taib Mahmud meninggal, Timb. Perdana Menteri dijemput dgn. RR yg. itu ke?
ReplyDeleteOOOII ... TIDAK KU SANGKA 'MAHAL'NYA ROLLS ROYCE PEHIN KITA NI! DAH BAKAL MASUK MUZIUM ...
ReplyDeleteBENGAP PUNYA PEMBANGKANG
Bukti tarak cakap saja banyak.... sampah...
ReplyDeletesetuju.
ReplyDeleteApa nok digago ngan kekayaan Pehin Sri Taib? Baguslah nya kaya, mun nya miskin pun, orang ngata nya bodoh .... ingat sik kitak ngan Tawi Sli? Sik kaya tedah, org madah nya paloi sik amik peluang bila jadi CM!
ReplyDeleteBerapa buah Roll Royce Taib, sik ada kena mengena ngan kitak, bukan nya ngambik dari datuk-nenek kita, bukannya merampas dari orang Samarahan atau orang Mukah. Nya ada duit, nya dapat meli, sik iboh kita nak tauk dari seni nya dapat duit? mun nya madah benar kelak, kitak madah nya bulak!
Iboh gago kitak nak ngitung berapa banyak duit Pehin Sri Taib, di akhirat kelak ada juru odit, ada orang yang paling layak nanyak beliau, dari seni beliau dapat duit sebanyak tok, sedangkan gaji beliu sekian tok sekian tok!
Sik perlu orang debah nanyak ngan kitak tok, sebab Allah s.w.t tok tahu "segala-galanya"
er, a well running vintage Rolls would actually be worth quite a lot la bro...
ReplyDeletepebulak da juak..rega kereta rolls royce ya sik pandey turun woi....walaupun nya uzur..tukar duit malaysia pun dalam ratus ribu juak.......cuba la polah kerja sikit...mun nya sama ngan rega kancil...nang lawak da juak...aku pun mauk meli walaupun dah uzur....giney2 pun aku tetap sokong PBB n Pehin.....
ReplyDeleteorang kampung tempat lu boleh kelentong la bro...
ReplyDeletetakde sumber untuk access maklumat....bukan mereka buta huruf tapi takde kemajuan untuk mereka....
salah siapa? Atas alasan Sarawak terlalu besar untuk dimajukan.itu kata Muhiydin...Kalau dibandingkan Pahang,Kedah dan Kelantan.. Tak jauh beza luasnya....
Awak mungkin dapat habuan... banyak kerana dok bodek jer.. tapi tak fikir ke generasi lu akan datang... slow betul la lu ni.... macam beruk band gak.
another taib die hard fan..
ReplyDelete