Thursday, 24 March 2011

Azmin Ali bawa “bala” pada pembangkang Sarawak!



Oleh: Biak Kacak!
Keangkuhan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali ternyata mengundang padah apabila Presiden Parti Nasional Sarawak (SNAP), Edwin Undang Bugak mengumumkan bahawa kerjasama di antara partinya dengan parti dari Semenanjung itu “sudah tidak dapat diselamatkan”.


Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang sedang sebok mempertahankan diri di mahkamah berhubung kes Liwat II, telah menghantar Azmin Ali ke Sarawak bagi meninjau keadaan politik Sarawak dan “memujuk” SNAP agar bekerjasama dengan PKR dan DAP, sekaligus membentuk pakatan pembangkang di Bumi Kenyalang.
Agaknya, tidak keruan dikejar bayangan adik perempuannya, Ummi Hafilda Ali, yang begitu garang mendedahkan segala kisah “gelap” Azmin, isterinya, Shamsidar dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Azmin difahamkan sering mengelak untuk bersemuka dengan adik kandungnya itu.
Kehadiran Azmin Ali di Sarawak turut tidak disenangi oleh jentera kempen pilihanraya PAS yang telah berkampung di sana sejak sebulan yang lalu. Menurut beberapa sumber blogger PAS, Azmin berlagak bagaikan seorang “raja” ketika di Sarawak.
Dia dikhabarkan tinggal di Pullman Hotel, Kuching, sebuah hotel terkemuka bertaraf lima bintang di ibu negeri Sarawak itu. Mewah dengan gaya dan pakaiannya, sedikit pun tidak diendahkan rakan-rakan PAS yang turut berada di sana untuk membantu kempen pembangkang.
Azmin dilaporkan begitu mengambil hati dan begitu mesra dengan pemimpin-pemimpin DAP dan SNAP, dan turut melayan pemimpin-pemimpin itu dengan kemewahannya. Namun, apa yang penulis pasti, pemimpin pembangkang tempatan tidak “termakan bodek” Azmin tersebut. Buktinya, hubungan PKR dan SNAP tidak menjadi.
Azmin perlu sedar bahawa kehadirannya di persada politik Sarawak tidak diperlukan. Di Sarawak, PKR mempunyai Ketua PKR Negeri, Baru Bian, dan dia sepatutnya menyerahkan kepercayaan kepada Baru Bian untuk mengemudi kempen PKR di Sarawak. Baru Bian anak Sarawak, dia lebih arif tentang budaya politik di sana.
Apa gunanya Baru Bian di Sarawak sehingga Anwar terpaksa menghantar Azmin untuk menjadi “orang tengah” di antara PKR, DAP dan SNAP? Mungkin pucuk pimpinan PKR sendiri tidak mempercayai Baru Bian sebagai wakilnya di Bumi Kenyalang itu. Baru Bian mungkin tidak berkebolehan bekerja untuk PKR dan hanya merupakan “boneka” kepada “bateri 3A”, iaitu Anwar, Azmin dan Azizah.
Semestinya Azmin tidak akan dipersalahkan Anwar kerana gagal dalam misinya di Sarawak. Maklumlah, Azmin merupakan “madu”nya di Semenanjung. Mungkin yang bakal di”kambing hitam”kan sebagai korban ialah Baru Bian yang kerap menghina SNAP dan kepimpinannya.
Apapun, kita lihat saja kelaku pihak pembangkang di Sarawak pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 16 April ini. Selepas hari penamaan calon pada 6 April ini, pastinya kita akan dihidangkan dengan cerita-cerita lucu dan fitnah dari pembangkang Sarawak itu.
Dan sekiranya pembangkang kalah, kita tuding jari pada Baru Bian. Tapi, sekiranya pembangkang tewas lebih teruk di Sarawak, kita beramai-ramai tuding jari kepada Azmin Ali. Dialah pembawa “bala” pada pembangkang di Sarawak!

1 comment:

  1. Dalang kes liwat 1998 kau nak aku percaya ngan anjing betina nie?PBB tu sebenarnya PARTI BEROK BENGONG.Kalau korang kalah pilihanraya tok mintak sedekah;lah tepi jalan.Macam Taib Mahmud molah orang sarawak kinek tok.Pembohong jak kau ya.Jangan harap boleh menang pilihanraya tok

    ReplyDelete