Friday, 18 March 2011

Pergolakan DAP,PKR dan SNAP Semakin Melebar Memperlihatkan Matlamat Sebenar Mereka Adalah Kuasa



Pergeseran di antara Pakatan Rakyat Sarawak semakin menjadi jadi sebelum menjelangnya PRU Sarawak yang di jangkakan pada bulan April ini. Pergeseran ini sebenarnya bukan lah baru di antara mereka Pakatan Rakyat tetapi sudah acap kali kedengaran dan berlaku.

Sebelum ini kita di khabarkan mengenai perebutan kerusi Dun yang akan di pertandingkan pada PRU Sarawak, perebutan kerusi Dun di Bandar yang melibatkan DAP dan PKR. Hal ini berlaku apabila DAP yang terlebih dahulu memasuki Sarawak tidak memberikan laluan kepada PKR untuk bertanding di kerusi Dun yang sebelum ini di tandingi DAP.


Pergeseran tersebut membawa kepada Campur tangan Dato Seri Anwar Ibrahim penasihat Pakatan Rakyat yang akhirnya menyetujui bahawa Dun di Bandar seperti dalam parlimen Sibu, Kuching, Miri dan Bintulu adalah di berikan kepada DAP dan PKR hanya akan bertanding di pinggir bandar dan kawasan pendalam.

Walaupun pergeseran di antara DAP dan PKR nampak seperti sudah selesai namun sebenarnya masih belum di muktamadkan memandangkan rakan sekutu Pakatan rakyat PAS dan SNAP juga inginkan pengagihan kerusi yang adil pada PRU Sarawak ini.

Terbaru parti SNAP yang sudah pun mengumumkan sebanyak 16 kerusi yang akan di tandingi mereka pada PRU Sarawak ini. Dengan pengumuman SNAP ini DAP dan PKR serta PAS sekali lagi bertelagah memandangkan SNAP telah mengumumkan akan bertanding di kerusi yang sebelum ini di persetujui oleh Anwar Ibrahim untuk membahagi bahagikan kepada PKR dan DAP.

Ini mendatangkan ketidak puashatian beberapa individu dalam PKR dan DAP yang menggugut untuk keluar dari Parti jika SNAP tidak berundur dari Kerusi yang menjadi keutamaan kepada PKR dan DAP. Ugutan demi Ugutan ini semakin kuat di dengar apabila ada desas desus yang Baru Bian Kepala PKR Sarawak akan mengadakan perjumpaan tergempar bersama wakil DAP,PAS dan SNAP dalam cubaan rundingan akhir bagi pengagihan kerusi Dun yang di pertandingkan.

SNAP sebenarnya cuba memberikan satu amaran kepada PKR yang di terajui oleh Baru Bian untuk tidak sewenang wenangnya menentukan Kerusi yang Boleh atau tidak boleh SNAP duduki. SNAP lebih lama dari DAP dan PKR di Sarawak dan mempunyai kepakaran serta Jentera dalam memastikan Kempen mereka berjaya.

Dengan kekalutan mencari jalan penyelesaian ini dapatlah kita semua lihat bahawa mereka PAS,DAP,PKR dan SNAP tidak bersatu hati dalam memperjuangkan nasib rakyat Sarawak. Hanya kerusi Dun sahaja pergolakan demi pergolakan berlaku apatah lagi jika Sarawak di Tadbir mereka Pakatan Rakyat ini.

Rakyat Sarawak seharusnya mengambil contoh di atas apa yang berlaku di Sememanjung bagaimana mereka sesama mereka Pakatan rakyat bertelagah sehinggakan ada kejadian yang melibatkan pergaduhan ekoran hal politik yang tidak sehaluan dalam membela rakyat.

Rakyat di semenanjung sudah menolak Pakatan rakyat ini dengan di buktikan dalam banyak pilihanraya Kecil maka apa guna nya lagi jika Rakyat Sarawak mengambil Risiko untuk mendampingi mereka Pakatan rakyat ini. Kesatuan mereka wujud atas dasar Kuasa semata mata dan bukanlah untuk membantu rakyat.

Semoga Rakyat Sarawak dapat menilai bagaimana Utuhnya Barisan Nasional Sarawak dalam apa jua Keputusan yang di lakukan. Itu lah buktinya Komponen Barisan Nasional Sarawak satu hati dan sekata dalam memastikan Rakyat Sarawak terus di bela.

We Care Sarawak From Papa Gomo

No comments:

Post a Comment