Thursday, 24 March 2011

SNAP “ceraikan” PKR: PKR tak mampu “angkat muka” di Sarawak!



Oleh: Biak Kacak!
Nampaknya hubungan SNAP dan PKR di Sarawak sudah tidak dapat diselamatkan lagi. “Sudah berputus arang”, tidak dapat dicantumkan kembali, itu sahaja yang dapat disifatkan tentang hubungan kedua parti pembangkang Sarawak itu, sekaligus menunjukkan Azmin Ali gagal dalam misinya menyatukan SNAP dan PKR bagi menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak.


Terbaru, SNAP telah mengumumkan 11 lagi nama-nama calonnya bagi menghadapi pilihanraya negeri itu. Ianyanya menjadikan jumlah calon SNAP yang telah diumumkan menjadi 27 orang, setelah mengumumkan 16 nama calon sebelum ini. SNAP hanya memerlukan 13 lagi calon untuk dipilih mewakili parti itu untuk menjadikan jumlah keseluruhan calon bertanding di 40 buah kerusi DUN.
Justeru pengumuman SNAP itu, Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, memberikan komen yang pedas untuk didengar oleh kepimpinan SNAP. Baru Bian menganggap calon-calon SNAP adalah golongan yang “terbuang” dan “kitar semula” yang cuba meraih kembali sokongan yang tidak ada. Ini menunjukkan penentangan dan perbalahan kedua parti itu sudah hancur sama sekali.
Desas-desus sebelum ini menyatakan hubungan SNAP dan PKR gagal mencapai kata sepakat apabila masing-masing berebut untuk bertanding di kerusi-kerusi DUN yang bakal dipertandingkan untuk mengelak pertembungan sesama pembangkang. Dan kini, Baru Bian sudah mengesahkan bahawa PKR dan SNAP sememangnya tidak sebulu dan tidak boleh “duduk semeja”.
Kenyataan Baru Bian ini juga mengesahkan kegagalan usaha Azmin Ali yang datang dari Semenanjung untuk mendamaikan kedua parti itu. Tenyata Baru Bian tidak mengendahkan Azmin Ali yang merupakan individu “kesayangan” Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Insiden Azmin “tidak diberi muka” oleh PKR Sarawak ini menunjukkan PKR sendiri berpecah belah dan tidak terkawal di Sarawak.
Memandangkan perkara ini berlaku sejurus sebelum pilihanraya negeri itu diadakan, BN dijangka mendapat laluan mudah kecuali di beberapa kawasan bandar majoriti kaum Cina yang masih diracun pemikirannya oleh DAP.
Bagaimanapun, dengan gerakan BN yang kini semakin kuat menangkis serangan fitnah dari pembangkang, memperbetulkan persepsi rakyat, faktor pepecahan dikalangan pembangkang dan kelemahan strategi awal pembangkang telah menyebabkan rakyat Sarawak hilang sokongan kepada SNAP, PKR dan DAP.
Menurut tinjauan dikalangan masyarakat dan rakyat Sarawak, umumnya mereka semakin yakin dengan BN yang lebih teratur, berpengalaman, matang dan mengutamakan untuk menyelesaikan masalah rakyat berbanding pembangkang yang gagal menyelesaikan masalah dalaman mereka. Berikutan kemelut dan kriris moral pemimpin tertinggi PKR yang merupakan “Ketua Pembangkang” di Semenanjung, turut menyumbang kepada penolakan rakyat kepada pembangkang di Sarawak.
Seorang ahli perniagaan Sarawak yang merupakan pengundi “atas pagar” yang ditemui baru-baru ini menjelaskan bahawa “rakyat Sarawak memerlukan kestabilan politik, ekonomi dan sosial untuk terus memajukan negeri, dan sifat-sifat itu hanya terdapat pada BN dan rakyat Sarawak tidak akan memperbodohkan diri untuk menyerahkan negeri ini kepada mereka yang mempunyai pelbagai masalah dan huru hara”.
Menjelang hari penamaan calon pada 6 April ini, pembangkang dilihat kesuntukan masa untuk mengatur strategi baru setelah gagal mencipta pakatan di Sarawak. Kita akan melihat beberapa kawasan yang akan ditandingi tiga penjuru dan ini akan menyebabkan pemecahan undi dikalangan pengundi pembangkang yang masih tegar menyokong “huru-hara”.
Meskipun begitu, BN harus berhati-hati dan tidak mengambil mudah dengan suasana dan kepincangan pembangkang. Kerja kuat masih diperlukan untuk menawan kembali 10 kawasan DUN yang telah dikenal pasti sebagai kawasan “hitam” di Sarawak. 60 buah kerusi DUN mesti dipertahankan dan pengaruh BN mesti diluaskan ke kawasan pembangkang tegar, khususnya DUN yang dikuasai DAP, “adik” kepada PAP di Singapura!

No comments:

Post a Comment