Monday 28 March 2011

Muka baru bakal mengejutkan pembangkang Sarawak

Oleh: Biak Kacak!

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sudah pun memaklumkan kepada umum berkenaan tarikh penamaan calon bagi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak, iaitu pada 6 April ini. Malah, tarikh pilihanraya bakal diadakan pun sudah diumumkan pada 16 April, sepuluh hari selepas tarikh penamaan calon.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, baru-baru ini mengumumkan bahawa daripada 35 buah kerusi yang merupakan kuota yang diperuntukkan kepada PBB, parti itu akan mengumumkan sebanyak 10-12 orang muka baru sebagai calon parti tersebut.

Ini adalah memandangkan kepada kesungguhan dan kesinambungan transformasi kepimpinan yang dilihat sebagai sesuatu yang sangat sihat untuk diamalkan pada budaya politik Sarawak. Misalnya, pada pilihanraya negeri yang lalu, calon-calon baru yang diketengahkan sebagai calon Barisan Nasional telah berjaya menyapu bersih semua DUN yang ditandingi.

Dr Hailmi - seorang intelek muda yang mampu menjadi suara mantap dan positif mewakili pengundi di dewan undangan negeri Sarawak

Antara muka baru yang disebut-sebut ialah pensyarah Universiti Darul Iman Mohammad Hailmi Sajili yang juga seorang blogger, kardiologis Hospital Serdang Dr Annuar Rapee, Ketua Penerangan Bahagian Kedup dan peguam Bernard Phillip, Timbalan Ketua Bahagian Kedup Martin Ben, penjawat awam Alex Ganyan dan pendidik Joseph Tiam.

Saudi Narani

Selain mereka, nama-nama baru yang turut diberi perhatian ialah seperti Residen Mukah Saudi Narani, Pengarah Urusan Sacofa Sdn Bhd Abang Jemat Abang Bujang, Ketua Pemuda PBB Telang Usan Dennis Ngau, bekas setiausaha politik Ketua Menteri Robertson Mawa serta dua Setiausaha Politik Ketua Menteri Tengku Geruna dan Robert Laing Anyie.
Abang Jemat Bujang

PBB juga dikatakan mempertimbangkan untuk mencalonkan mereka yang mempunyai kelayakan bidang agama termasuk Mufti Sarawak, Kipli Yassin. Antara muka baru lain yang berkemungkinan ialah seorang guru dan komposer muzik, Patrik Khamis serta Timbalan Ketua PBB Demak Jaya, Dr Hazlan Hipni.

Dennis Ngau

Tentunya nama-nama baru ini akan menimbulkan tekanan yang lebih hebat kepada pembangkang di Sarawak kali ini. Sudahlah pembangkang Sarawak dilanda kemelut yang tidak terungkai. Meskipun cuba dirungkai oleh pemimpin “import” dari Semenanjung, ianya tetap gagal dan pembangkang berpecah belah.

Sudahlah begitu, dengan tersenarai muka-muka baru yang merupakan “tenaga baru” bagi menggerakkan kemajuan negeri Sarawak, pastinya pihak pembangkang kurang bersedia untuk mengenali “musuh-musuh” politik barunya ini. Mungkin senjata terakhir seperti “serangan peribadi” bakal digunakan oleh pihak pembangkang.

Justeru itu, penulis meragui daya saing pihak pembangkang yang begitu beriya-iya memberitahu bahawa mereka akan menawan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak. Padahal, hal ehwal dalaman mereka sendiri pun gagal diselesaikan. Apakah mereka fikir mereka layak dan bersedia memegang tanggungjawab yang lebih berat?

Kesimpulannya, penulis melihat pembangkang Sarawak lebih mirip kepada sifat “burung kakak tua” yang hanya pandai berkata-kata, namun tidak tahu apa yang dikata. Ini sangat bertentangan jika dibandingkan dengan Barisan Nasional Sarawak yang lebih mirip kepada “burung Enggang” yang menjadi lambang Bumi Kenyalang, di mana semua rakyat jelata diberikan keutamaan pihak pentadbiran negeri di seluruh bumi bertuah itu.

No comments:

Post a Comment