Showing posts with label lim kit siang. Show all posts
Showing posts with label lim kit siang. Show all posts

Thursday, 24 March 2011

Azmin Ali bawa “bala” pada pembangkang Sarawak!



Oleh: Biak Kacak!
Keangkuhan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali ternyata mengundang padah apabila Presiden Parti Nasional Sarawak (SNAP), Edwin Undang Bugak mengumumkan bahawa kerjasama di antara partinya dengan parti dari Semenanjung itu “sudah tidak dapat diselamatkan”.

SNAP “ceraikan” PKR: PKR tak mampu “angkat muka” di Sarawak!



Oleh: Biak Kacak!
Nampaknya hubungan SNAP dan PKR di Sarawak sudah tidak dapat diselamatkan lagi. “Sudah berputus arang”, tidak dapat dicantumkan kembali, itu sahaja yang dapat disifatkan tentang hubungan kedua parti pembangkang Sarawak itu, sekaligus menunjukkan Azmin Ali gagal dalam misinya menyatukan SNAP dan PKR bagi menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Sunday, 20 March 2011

TAJUK: PINTU SIAPA YANG PERLU DITUNJUK KELUAR, KIT SIANG?

Kit Siang yang tak mahu lepaskan tampuk kuasa DAP nak menasihatkan Taib yang sudahpun setuju untuk berundur


Kata Kit Siang, hanya dengan menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional di Sarawak, barulah Taib Mahmud akan meninggalkan jawatannya selaku Ketua Menteri. Ditambah pula kata Kit Siang, tiga nama yang dilihat berpotensi untuk menggantikan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri iaitu Adenan Satem, Abang Johari dan Affendi Norwawi kelihatan tidak bersedia untuk menjawat jawatan tersebut. 
Bab tiga nama yang dikatakan paling layak menggantikan Taib Mahmud itu, ada benarnya dan ada tidak benarnya. Sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka kelihatan begitu yakin dan sangat yakin akan menjadi Ketua Menteri walaupun banyak pihak yang melihat, pemimpin berkenaan terlalu 'gelojoh' dan sudah tidak dapat menahan sabar.