Showing posts with label election. Show all posts
Showing posts with label election. Show all posts

Tuesday, 5 April 2011

PRN SERAWAK:Penamaan calon berjalan lancar sokongan rakyat nampak mantap di belakang BN

Proses penamaan calon telah berjalan tanpa insiden di Serawak dan kini kita sedang menunggu tmat tempoh bantahan.

Berlainan dengan suasana di Pilihanraya Kecil di Semenanjung, di sini perang poster tidak begitu rancak dan ejek mengejek antara penyokong tidak berlaku dengan ekstrem.

di sini ialah video penamaan calon di Dewan Bandaraya Kuching Selatan



Monday, 28 March 2011

Anwar seorang Billoinaire: TPM paling korup dalam sejarah

 Rumah Anwar Bernilai Rm 9 juta
 



Oleh Alehkayong

Tatkala blogger-blogger pro-pembangkang begitu seronok membincangkan dan memfitnah sumber kekayaan Ketua Menteri Sarawak Phin Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya , mereka ramai yang tidak tahu ATAU sengaja meyelindungi bahawa individu ke-3 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng , ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia ada kiatan dengan Anwar.

Thursday, 24 March 2011

Azmin Ali bawa “bala” pada pembangkang Sarawak!



Oleh: Biak Kacak!
Keangkuhan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali ternyata mengundang padah apabila Presiden Parti Nasional Sarawak (SNAP), Edwin Undang Bugak mengumumkan bahawa kerjasama di antara partinya dengan parti dari Semenanjung itu “sudah tidak dapat diselamatkan”.

SNAP “ceraikan” PKR: PKR tak mampu “angkat muka” di Sarawak!



Oleh: Biak Kacak!
Nampaknya hubungan SNAP dan PKR di Sarawak sudah tidak dapat diselamatkan lagi. “Sudah berputus arang”, tidak dapat dicantumkan kembali, itu sahaja yang dapat disifatkan tentang hubungan kedua parti pembangkang Sarawak itu, sekaligus menunjukkan Azmin Ali gagal dalam misinya menyatukan SNAP dan PKR bagi menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Sunday, 20 March 2011

TAJUK: PINTU SIAPA YANG PERLU DITUNJUK KELUAR, KIT SIANG?

Kit Siang yang tak mahu lepaskan tampuk kuasa DAP nak menasihatkan Taib yang sudahpun setuju untuk berundur


Kata Kit Siang, hanya dengan menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional di Sarawak, barulah Taib Mahmud akan meninggalkan jawatannya selaku Ketua Menteri. Ditambah pula kata Kit Siang, tiga nama yang dilihat berpotensi untuk menggantikan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri iaitu Adenan Satem, Abang Johari dan Affendi Norwawi kelihatan tidak bersedia untuk menjawat jawatan tersebut. 
Bab tiga nama yang dikatakan paling layak menggantikan Taib Mahmud itu, ada benarnya dan ada tidak benarnya. Sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka kelihatan begitu yakin dan sangat yakin akan menjadi Ketua Menteri walaupun banyak pihak yang melihat, pemimpin berkenaan terlalu 'gelojoh' dan sudah tidak dapat menahan sabar.

Saturday, 19 March 2011

HANYA BN LAYAK MENTADBIR SARAWAK




Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu-satunya pakatan yang paling releven untuk mentadbir Malaysia termasuk Sarawak.

Ini adalah kerana tidak ada gabungan parti politik di dunia yang mewakili pelbagai bangsa dan kumpulan etnik seperti yang ada di dalam Barisan Nasional

Friday, 18 March 2011

PKR, DAP & PAS Parti Penjajah.





DAP berasal dari PAP parti bertunjang komunis yang menggugat kestabilan Asia Tenggara sehinggalah British memaksa Singapure menyertai Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, 


PKR pula diketahui ramai sebagai parti yang dibiayai oleh rakan rakan yahudi Anwar yang berpengkalan di New York dan Washington DC seperti Paul Wolfowitz yang juge bekas president Bank Duani yang pernah cuba membangkrapkan Malaysia ketika krisis kewangan 1998 yang juga merupakan serangan Amerika ke atas harimau Asia yang baru mula bangkit


PAS pula terkenal dengan sifat Islam insular yang diperkenalkan Barat melalui gerakan Ikhwanul Muslimin yang masih bergerak di timur tengah


Bacalah artikel hasil nukilan Darul Ehsan Today yang menunjukkan mengapa Rakyat Sarawak akan lebih bahagia bersama parti tempatan

Pergolakan DAP,PKR dan SNAP Semakin Melebar Memperlihatkan Matlamat Sebenar Mereka Adalah Kuasa



Pergeseran di antara Pakatan Rakyat Sarawak semakin menjadi jadi sebelum menjelangnya PRU Sarawak yang di jangkakan pada bulan April ini. Pergeseran ini sebenarnya bukan lah baru di antara mereka Pakatan Rakyat tetapi sudah acap kali kedengaran dan berlaku.

Sebelum ini kita di khabarkan mengenai perebutan kerusi Dun yang akan di pertandingkan pada PRU Sarawak, perebutan kerusi Dun di Bandar yang melibatkan DAP dan PKR. Hal ini berlaku apabila DAP yang terlebih dahulu memasuki Sarawak tidak memberikan laluan kepada PKR untuk bertanding di kerusi Dun yang sebelum ini di tandingi DAP.

Wednesday, 16 March 2011

ANWAR TERIAK GELAR ORANG SARAWAK BODOH!!



ANWAR IBRAHIM dikatakan telah mula dikagumi dan disayangi orang2 Sarawak. 
Sejauhmana relevennya kenyataan ini? Impian Ketua Pembangkang untuk merampas Negeri Sarawak demi mendapatkan kuasa Negara. Kuasa Negara bukan satu2 nya impian Bekas Timbalan Perdana Menteri ini.

Tuesday, 15 March 2011

Benarkah dakwaan media asing tentang negeri Sarawak?

Oleh Rashid Sulaiman

Bilamana kita bercerita tentang negeri Sarawak, maka yang pertama akan terpampang di dalam minda kita ialah wajah Ketua Menteri yang bernama Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang sudah pun menerajui Bumi Kenyalang lebih dari tiga puluh tahun.
Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung atau di luar negara, kita selalunya dihidangkan dengan kisah kekayaan anak beranak tersebut. Malah lebih buruk lagi apabila media luar negara juga memainkan isu keluarga Pehin Sri dengan cara yang agak keterlaluan.

Prelude awal Pilihanraya Sarawak: Pembangkang luar cuba “langgar” Sarawak.

Oleh : Biak Kacak

“Perang belum bermula, namun gendang sudah dipalu”, begitulah suasana terkini berkenaan senario politik Sarawak yang bakal meletup pada bila-bila masa dari sekarang. Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak “is just around the corner”, begitulah difahamkan oleh sumber terkini yang penulis terima.

Belum pun Ketua Menteri, Pehin Sri Taib Mahmud mengumumkan pembubaran sidang DUN Sarawak, rupa-rupanya parti-parti pembangkang dari “luar” sudah pun menghantarkan bala tenteranya ke Sarawak. PKR, PAS dan DAP, masing-masing sudah tiba lebih dua tiga minggu awal dari artikel ini disiarkan.